Biasanya kita tengok golongan yang beli ubat kuat ini untuk yang sudah berkahwin ataupun golongan dewasa. Jarang sekali kita tengok budak dibawah umur beli ubat kuat sama ada untuk orang lain mahupun untuk dirinya sendiri. Kan tak logik ?
Bagaimanapun, seorang budak perempuan berusia 8 tahun yang dikenali sebagai Xiaoya yang berasal Henan, China datang ke sebuah farmasi untuk membeli ubat kuat (viagra) untuk dirinya sedangkan ubat tersebut hanya dimakan oleh golongan lelaki.
Ahli farmasi di tersebut terkejut kenapa budak perempuan berumur 8 tahun datang ke farmasi untuk beli ubat kuat.
Setelah ditanya , betul lah budak perempuan ni ingin nak beli ubat kuat untuk dirinya. Tak pernah dibuat orang budak kecik minum ubat kuat ni.
Xiaoya menjelaskan yang dia sangat memerlukan ubat itu untuk menyembuhkan penyakitnya. Sebelum kejadian, Xiaoya bersama ibunya sedang membeli belah. Disebabkan ibunya sibuk berbelanja, dia memberikan pesanan kepada anaknya untuk membeli ubat tersebut di farmasi.
Ibunya menjelaskan kepada ahli farmasi tersebut memang betul anaknya perlukan ubat itu kerana anaknya menghidap penyakit hipertensi paru-paru . Oh.. macam tu rupanya
Malah, anaknya sudah mengamalkan ubat kuat itu selama 5 tahun kerana hanya ubat itu sahaja yang mereka mampu beli memandangkan ubat-ubatan yang lain sangat mahal.
Doktor sudah memberitahu bahawa Xiaoya perlu mengamalkan ubat yang sepatutnya namun ibunya mengatakan kekangan ekonomi keluarga menyebabkan dia tak dapat nak beli ubat yang betul untuk anaknya.
Xiaoya perlu minum ubat itu setiap hari, kalau tak dia akan lemah, tambahnya lagi.
Di China, ubat viagra ini sudah diamalkan bagi menyembuhkan penyakit hipertensi paru-paru setelah beberapa tahun.
Apa-apa pun mungkin ada cara lain kot nak sembuhkan penyakit. Takkan sampai nak kena minum ubat kuat ?