Tiada kata-kata yang boleh diungkap untuk gambarkan perasaan kehilangan orang tersayang. Seringkali, hanya air mata yang bercucuran dapat mengungkap segalanya.
Itulah yang dilalui lelaki warga asing ini. Menurut tweet dari Hafizi Maizal, pekerja dari Bangladesh tu dilihat menangis teresak-esak ketika sedang tunaikan solat.
Biasalah jika kita mahu menangis pada Allah, tetapi rupa-rupanya sebab lelaki tu menangis memang sangat meruntun hati.
Pekerja Bangla ni sembahyang tadi sambil menangis. Ramai-ramai sedekahkanlah Al Fatihah dekat mak dia yang baru meninggal dunia dekat Bangladesh. Nak balik pun jauh.”
Allahu….
Sudahlah berjauhan, bila orang tersayang meninggal tak dapat balik kampung halaman. Hanya Allah saja tahu perasaan yang dilalui lelaki ni.
Malah, ada netizen mention yang kebiasaannya pekerja warga asing ada contract kalau bekerja di Malaysia. Tak boleh balik untuk sesuatu tempoh kot eh?
“Kebanyakan daripada dorang macam bawah ajen memang syaratnya kerja tak boleh balik negara asal.”
Menerusi tweet tu, Hafizi turut menambah,
“Lepas ni kalau nak maki hamun Bangla, Nepal ke apa semua tu beringatlah sikit. Dorang berkorban tinggalkan family semata-mata cari duit dekat negeri orang.”
Selalu kita tengok dekat media sosial, rakyat banyak cakap tentang benda buruk pasal pekerja warga asing kan? Baru-baru ni, ada isu netizen mengeluh bas free dipenuhi warga asing.
Memang betul kalau ikut peribahasa ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ tapi janganlah sebabkan sesetengah warga asing yang jahat tu kita nak judge dan benci seluruh orang dari negara dorang.
Kesiannya, tak dapat tatap wajah ibu buat kali terakhir…
Baca: Netizen ‘Bising’ Bas Free KL Dipenuhi Warga Asing. Patut Ke?