in

Najib Razak Luah Rasa Pilu, Tak Dapat Tengok Anak Kahwin & Sambut Kelahiran Cucu

najib razak sedih tak dapat tengok anak cucu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa sedih kerana sebelum ini tidak dapat meraikan perkahwinan anak lelakinya, Mohd Norashman dengan Nikola Mulyadi.

Lebih memilukan hati, pasangan ini juga sudah beroleh cahaya mata dan Najib tidak dapat menyambut kelahiran cucu baharunya itu yang dikenali sebagai Ardan Razak.


Pun begitu, bekas Perdana Menteri ini meluahkan rasa gembira dengan kelahiran ahli keluarga baharu dan terus tabah dengan ujian yang dilaluinya.

Anak saya kahwin, saya tidak dapat hadir. Saya dapat cucu baru, saya tak dapat bersama. Mata berair bila mendengarnya.

“Tetapi kekal tabah, gembira apabila ditunjukkan gambar. Meraikan kedatangan Ardan, kelahiran Ashman dan Nikola,” katanya dalam hantaran di Facebook.

473791277 1181292403361696 158932395298348515 n

Artikel berkaitan: Kes Mahkamah Terlalu Lama, Najib Razak Akui Sudah Boleh Mengajar Undang-undang

Artikel berkaitan: Peguam Jangka Najib Akan Dikeluarkan Dari Penjara Dalam Masa Sebulan

Sementara itu, menerusi akaun Instagram rasmi Mohd Norashman, beliau memanjatkan kesyukuran di atas kelahiran anak pertamanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashman Najib 季平 (@ashmannajib)

Hello dunia! Nama saya Ardan Razak Nor Ashman. Insya-ALLAH saya berjanji untuk mengisi dunia ini dengan kebaikan dan penuh kasih sayang.

“Terima kasih kepada mummy @nangelam_ atas ketabahan dan keberaniannya membawa saya ke dunia ini,” tulisnya.

Terdahulu, Najib berada di penjara selepas Mahkamah Persekutuan pada 22 Ogos 2022 mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas Presiden UMNO itu telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Sumber: Sinar Harian, Facebook

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.