Semalam, peguam Najib Razak, Shafee Abdullah telah memfailkan semakan ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes SRC International.
Usul semakan tersebut menyatakan berlaku ketidakadilan dan hak Najib untuk membela diri di Mahkamah Persekutuan telah dinafikan.”
Di dalam permohonan ini juga, Najib telah meminta supaya keputusan rayuan utama diketepikan dan dilepas serta dibebaskan dari tuduhan tersebut.
Bekas Perdana Menteri turut momohon agar pihak pembelaan memberikan kebenaran untuk memulakan semakan tersebut sebagaimana yang termaktub dalam Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 sebelum hujah didengar. Antara perkara yang dimohon termasuklah:
- Keputusan yang menolak permohonan pembelaan untuk memasukkan bukti baharu berkaitan Hakim Bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan membatalkan perbicaraan kes itu.
- Keputusan yang menolak permohonan pembelaan untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir tersebut.
- Keputusan yang menolak permohonan pembelaan agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhir tersebut.Keputusan untuk mengesahkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi di sini.
- Keputusan berhubung kegagalan Mahkamah Persekutuan untuk meminta pihak-pihak berhujah secara berasingan mengenai hukuman
Najib memohon rayuan ini didengari korum Mahkamah Persekutuan lain yang tidak kurang dari tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Sementara itu, Najib turut memohon agar hukuman yang sedang dijalankan ke atasnya ini ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan semakan.
Baca: [TERKINI] Status MP Najib Kekal Lepas Fail Petisyen Pengampunan Diraja