in

“Naikkan jenama sampai lukakan hati” – Kakak Tegur Peniaga Satukan Misya, Aslam & Marissa Dalam Job Sama

misya marissa aslam photoshoot sama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular video di media sosial memaparkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania sedang melakukan photoshoot bersama Aslam sebagai model sebuah butik pakaian.

Dalam satu rakaman video, pasangan itu dilihat memakai pakaian raya sedondon berwarna hitam dan begitu mesra ketika bergandingan.


Bagaimanapun, video terbabit telah mencetuskan pelbagai reaksi dan menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak apabila diketahui butik pakaian itu juga mengambil isteri pertama Aslam, Misya Mazlan menjadi model jenama mereka.

Artikel berkaitan: “Raya tahun ni kena bahagi dua” – Misya Mazlan

Difahamkan, video terbabit telah pun dipadam namun netizen sempat merakamnya dan memuat naik semula di TikTok.

@aqish_qishh

#Jelitawardrobe .. Dah post mcmni pastu delete then post video Umisya ? huhu Betul² nampak amik kesempatan #VideoUmisyaAslamMarissa #Marissa #AslamMarissaJelita #Jw

♬ original sound – aqish_qishh – aqish_qishh

“Jangan jadikan sebagai marketing kalian”

Melihat video yang dimuat naik itu telah meraih perhatian ramai, kakak Misya iaitu Nadiah Mazlan tampil menegur perbuatan pihak butik.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Nadiah mendakwa adiknya tidak dimaklumkan bahawa Aslam dan Marissa turut shooting jenama yang sama.

Katanya, Misya hanya mengetahui mereka bertiga bekerjasama dalam satu projek ketika tiba di lokasi photoshoot.

Pihak butik juga sudah diingatkan supaya tidak memuat naik sebarang perkara yang melibatkan Misya dan Marissa.

Nadiah memberi pesanan kepada butik supaya tidak menjadikan Misya sebagai bahan marketing dan meminta pihak berkenaan memohon maaf kepada adiknya.

“Bertaubat dan minta maaf kepada @umisyamazlan kerana mungkin dalam keasyikan, kerasukan, dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian, sampai melukakan hati manusia yang sememangnya sudah lama terluka,” katanya.

IMG 9274 IMG 9276 IMG 9275

Dalam pada itu, dia merayu pihak butik mempunyai sifat ihsan dan sensitiviti sebagai manusia.

Sumber: InstagramTikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.