Bila sebut je pasal haiwan peliharaan, mesti korang pun ada bela paling tidak satu kan?
Baru-baru ni, tular dekat laman Twitter mengenai pertanyaan seorang lelaki berkaitan ikan peliharaannya yang cedera selepas dia campur udang hidup dalam akuarium itu.
https://twitter.com/SyafiqKechek/status/1222413591724212225?s=20
Lelaki berkenaan pada mulanya cuba bertanya di dalam sebuah group di Facebook mengenai masalah yang di hadapinya itu.
Pertanyaannya itu tidak lah di endahkan oleh ahli group yang lain apabila mereka memberi maklum balas melalui komen mengenai sifat sebenar udang tersebut.
Menurut individu yang memberi komen, udang tersebut sememangnya tidak sesuai untuk diletakkan bersama ikan tersebut kerana sifatnya bersepit panjang dan ganas.
Udang ini juga dikatakan boleh makan ikan guppy tersebut terutamnya jika ikan itu mempunyai saiz yang lebih kurang sama sepertinya.
Jadi lauk jelah jawabnya.
Namun individu yang pada mulanya bertanya soalan itu sekali lagi memuat naik gambar lain yang menunjukkan udang-udang peliharaannya itu telah selamat digoreng untuk dijadikan sebagai juadah makanan.
Jimat sikit duit, udang pun segar dari akuarium kan?
Namun begitu, lelaki yang memuat naik semula persoalan ini di laman Twitternya ada menjelaskan serba sedikit mengenai spesis udang ini.
Dia berkata udang spesis ini memang mudah untuk di jumpai di kawasan batu-batuan air terjun dan ia juga merupakan spesis yang sama seperi udang galah.
https://twitter.com/SyafiqKechek/status/1222817417790808065?s=20
Alamak, udang ni nakal lagi, kan dan jadi lauk.