in

Nahas Pelajar UiTM: KP Terengganu Perjelas Suspek Mungkin S*ret Mangsa 100 Meter Dalam Keadaan Sedar

Ft Wanita Langgar Student Uitm Didakwa Membunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin menyifatkan bahawa wujudnya elemen jenayah dalam kes nahas yang meragut nyawa tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, dan ia menyebabkan wanita yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kes itu berdepan dengan dakwaan membunuh.

Kata beliau, pihaknya telah mendapat arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa wanita terbabit mengikut Kanun Keseksaan (KK) berbanding Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Artikel berkaitan : “Bersujud pada ahli keluarga mangsa” – Suami Wanita Langgar Pelajar UiTM Dungun Mohon Maaf 

Artikel berkaitan : Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Meninggal Dunia, Video Gelagat Wanita Disyaki Kurang Siuman Tular

Beliau menjelaskan bahawa ada beberapa faktor yang boleh diambil kira yang menyebabkan wanita tersebut didakwa atas pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh, bukan di bawah kesalahan trafik.

Tambahnya, buat masa ini tiada lagi rekod kesihatan yang mengesahkan ibu kepada 3 orang anak ini mengalami masalah mental setakat ini.

Screenshot 2024 10 15 200544

“Biasanya apabila kejadian seperti ini, kita akan bawa pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987. Namun arahan AGC, suspek hendaklah dituduh mengikut Seksyen 302 KK.”

“Ia dengan mengambil kira di tempat kejadian mungkin ada berlaku rempuhan yang mana suspek mungkin dalam keadaan sedar, tidak memberhentikan kenderaan telah menyeret mangsa sehingga melebihi 100 meter.”

“Di mana unsur-unsur bunuh itu wujud atas kejadian tersebut, AGC berpendapat suspek hendaklah dituduh mengikut Seksyen 302 KK.”

Polis juga turut memanggil 11 saksi, termasuk yang melihat kejadian dan ahli keluarga wanita terbabit bagi membantu siasatan, mereka turut mendapati bahawa pemandu SUV itu tiada lesen memandu.

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat berhenti membuat komen-komen negatif dan menyebarkan sebarang gambar serta video berkaitan insiden berkenaan untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

Katanya, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada keluarga suspek susulan kecaman yang diterima.

Pagi tadi, Norizan Ismail, 49, didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 KK yang dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.

Screenshot 2024 10 15 200600

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 307 (1) KK kerana cubaan membunuh yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli. Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai Johor Bharu.

Kejadian di Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun pada jam 7.35 malam 9 Oktober lalu, menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.