Masih terkejut dengan berita nahas pesawat Lion Air JT-610 awal pagi tadi, muncul perkembangan terbaru mengenai isu tersebut.
Menurut Astro AWANI, beberapa minit selepas pesawat JT-610 berlepas ke Jakarta, juruterbang pesawat dilaporkan beri indikasi atau ‘petunjuk’ untuk pulang semula ke pangkalan.
Beri petunjuk ingin pulang sebelum hilang daripada radar
Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dari Kementerian Pengangkutan Indonesia, Sindu Rahayu, juruterbang pesawat Lion Air itu memang ada beri indikasi untuk pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum dipercayai hilang dari radar.
Pesawat tu dikatakan meninggalkan lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara pada 6.33 pagi.
Ia juga dijadualkan tiba di Pangkal Pinang pada 7.20 pagi (waktu Indonesia).

Juruterbang berasal dari India
Menurut Detiknews, juruterbang bagi pesawat JT-610 itu, Captain Bhavye Suneja berasal dari New Delhi, India. Dia juga sudah bertugas selama 7 ke 8 tahun di Lion Air semenjak Mac 2011 lalu.
Sehingga setakat ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Pesawat itu dipercayai terhempas di utara laut Kerawang.
Semoga semuanya selamat!
Baca: Foto Serpihan & Video Pesawat Lion Air JT 610 Tenggelam Selepas Ditemui Terhempas