in

“Nabi suka makan ni” – Dr Zulkifli Saran Makan Kurma ‘Butter’, DR1 Share Perjelas Dalam Konteks Kesihatan

Mentega 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang akan bermula pada esok hari, pasti ramai umat Islam sibuk membuat persiapan untuk diri sendiri dan keluarga.

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai kurma yang dimakan bersama mentega. Ramai netizen mula tertanya-tanya adakah hidangan sebegitu baik untuk kesihatan.


Kurma dan mentega adalah sunah Nabi?

Menerusi hantaran di media sosial, mantan menteri agama, Datuk Dr. Zulkifli telah berkongsi satu sunah Nabi SAW yang mana Baginda suka makan kurma bersama mentega. Beliau juga menyarankan hidangan itu dimakan ketika berbuka puasa.

Kurma dan mentega? Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa. Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:

“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Dalam hantaran yang sama, Dr. Zulkifli juga mengingatkan orang ramai untuk memilih mentega dan bukan marjerin.

Mentega 1

Mentega boleh buat kolestrol tinggi?

Menjawab kepada persoalan netizen, DR1 Share yang gemar berkongsi hal-hal kesihatan telah menerangkan kepada umum tentang perbezaan mentega dan marjerin. Menurutnya, mentega dan marjerin adalah dua makanan yang berbeza.

Artikel berkaitan: “No wonder la lembut & manis rupanya..” – Individu Terkejut Jumpa Telur Ulat Dalam Kurma ‘Premium’

Artikel berkaitan: Datuk Lee Chong Wei Ucap Selamat Berpuasa, Kisah Pasal Kurma Jadi Perhatian Netizen

Mentega diperbuat daripada krim dan susu dan ia dipanggil sebagai lemak tepu. Lemak tepu masih diperlukan dalam badan manusia tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan.

Badan manusia masih perlukan lemak tepu tapi jangan lebih daripada 10 peratus daripada kalori harian. Minyak kelapa dara tu, lemak tepu juga.

Manakala marjerin pula diperbuat daripada minyak sayur yang telah dibekukan dalam proses yang mempunyai hidrogen. Dalam marjerin juga ada lemak trans yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Marjerin punca kepada serangan jantung, kerosakan salur darah dan salur darah jadi sempit.

Dia menyarankan orang ramai menggunakan mentega asli dan tiada garam jika mahu makan kurma bersama mentega. Selain daripada kebaikan kurma yang sudah ada sumber serat dan gula, sumber lemak yang ada dalam mentega juga dapat mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa.

@dr1share

Apa mentega kurma? Makin mengarut la rakyat Malaysia ni… Xbahaya ka kurma disapukan mentega? #shouldbeme #dr1share #learnontiktok #tiktokguru_malaysia

♬ original sound – DR1 SHARE – WAN SHARE

Di ruangan komen, ada netizen telah mempraktikkan sunah ini sejak dahulu lagi dan ada juga yang memberi cadangan jenama mentega yang dijual di pasaran.

Mentega 3

Mentega 2

Wah! Boleh try la lepas ni..

Sumber: TikTok, X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.