in

Muslim Indonesia Persoal Tindakan Jokowi Berdoa Depan Jenazah Paus Francis

jokowi berdoa depan jenazah paus francis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali dengan panggilan Jokowi menjadi soroton di media sosial selepas menghadiri istiadat pengebumian Paus Francis pada Sabtu lalu.

Ia berikutan sebuah video memaparkan Jokowi menadah tangan seperti berdoa ketika memberi penghormatan kepada mendiang Paus.


Dalam video itu, Jokowi bersama rombongannya mewakili Indonesia, berpakaian rasmi lengkap bersongkok, berdiri di hadapan keranda Paus bersama-sama paderi Katolik dan pengawal Swiss.

Artikel berkaitan: Gara-gara Protes Di Indonesia, Netizen Kecam Dakwa Menantu Jokowi Keti*k Berbau?

Artikel berkaitan: Warga Indonesia Dedah Lebih Suka Dapatkan Rawatan Di Hospital M’sia Dari Negara Sendiri Sebab…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by USS Feed (@ussfeeds)

Tindakan Jokowi itu telah mencetuskan perdebatan netizen apabila ramai yang mempersoalkan hukum seorang Muslim mendoakan kepada orang bukan Islam yang telah meninggal dunia.

Screenshot 2025 04 28 111532 Screenshot 2025 04 28 111645 Screenshot 2025 04 28 111702

Pun begitu, ada juga yang mempertahankan tindakan Jokowi dengan mengatakan mungkin beliau hanya menunjukkan sikap hormat di hadapan jenazah.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Sementara itu, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang perbuatan tersebut.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Facebook rasminya, Ustaz Azhar berkata hukum bagi perlakuan tersebut adalah haram meskipun si mati merupakan ahli keluarganya.

Jelasnya, orang Islam adalah dilarang daripada mendoakan keampunan atau keamanan kepada orang kafir yang telah meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman.

Bagaimanapun, apa yang dibolehkan adalah mendoakan orang kafir yang masih hidup supaya diberi hidayah atau seumpamanya.

“Ada pun jika dia meninggal dalam kekufuran maka tidak dibenarkan sama sekali mendoakan keampunan atau kesejahteraan untuknya,” katanya.

Beliau turut memetik firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 113 yang menegaskan larangan tersebut selain mengulas pandangan ulama terkenal seperti Imam Al-Maraghi dan Imam Nawawi.

Terdahulu, media melaporkan ratusan ribu orang membanjiri Basilika St Peter di Vatican City untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin tertinggi Gereja Katolik itu.

Upacara pengebumian itu turut dihadiri pemimpin dunia termasuk presiden dan raja-raja pemerintah seperti Presiden Amerika Syarikat; Donald Trump, Perdana Menteri Britain; Keir Starmer, dan Putera Britain; Putera William.

Sumber: Instagram, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.