Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Nur Sajat memberitahu kedai emas miliknya yang terletak di Johor Bahru telah mengalami kes kecurian.
Melalui posting di Instagram, jelas dipaparkan kejadian tersebut apabila seorang lelaki berkopiah hitam dilihat seakan-akan ingin mencuba seutas rantai emas kononnya dengan tujuan untuk membeli.
Namun tanpa disangka-sangka, sebaik sahaja memakai rantai tersebut, lelaki terbabit terus melarikan diri. Aduiii!
https://www.instagram.com/p/CEEea5WBNoR/
Menurut Sajat, kejadian yang berlaku pada 14 Ogos 2020 jam 5.30 petang itu menyebabkan stafnya yang sedang sarat mengandung trauma dengan apa yang berlaku.
“Musim2 PKP sekarang ini, memang ramai yang terdesak mahukan wang secara mudah, sanggup buat kerja jenayah tanpa berfikir panjang. Nampak jer pakai kopiah bagai, tapiiiii pencuri!!!
“Kesian pada staf saya, trauma dengan kejadian ini, dah lah beliau sedang mengandung anak pertama, dapat pulak kejadian ini terhadap beliau…”
Susulan kejadian tersebut, Sajat katanya akan menawarkan RM1,000 bagi mereka yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut.
“Pernah tengok ke orang pakai kopiah try rantai emas? Terang-terang penyamun yang cuba jatuhkan imej Islam”
Posting itu mendapat perhatian netizen yang bengang dengan sikap penyamun terbabit memakai kopiah tapi mencuri. Dalam pada tu, ramai juga menasihatkan Sajat supaya tingkatkan ciri-ciri keselamatan di kedai tersebut.
Haish macam-macam! Takut min tengok.