Semua orang pasti mempunyai guru yang sangat berdedikasi dan sering memberi pujian kepada yang layak kan? Kalau terjumpa dengan guru sebegitu, pasti kita tidak akan lupakannya sepanjang hayat.
Itulah yang dilakukan oleh seorang guru menerusi perkongsiannya di laman TikTok cikgunorsahidah sehingga telah menyentuh hati warganet di laman sosial.
Menerusi video guru berkenaan, beliau telah memuji seorang anak murid dan memberikan hadiah penghargaan kerana rajin menyiapkan kerja sekolah lebih awal daripada teman-temannya yang lain.
“Hari ini, cikgu nak berikan hadiah kepada murid ini kerana dia telah menyiapkan kerja rumah. Sepatutnya, hari ini kita buat muka surat empat, tetapi dia dah siapkan.
“Cikgu pun dah periksa kerjanya lengkap, tulisan pun cantik. Kalau boleh, cikgu nak orang lain ikut contoh seperti ini,” kata Cikgu Norsahidah dalam videonya.
@cikgunorsahidah #smkwirajaya #changweiqi #3ibnusina #mathform3 ♬ original sound – cikgunorsahidah
Artikel berkaitan: Lelaki Kantoi Guna IC Palsu & Kerja Sebagai Guru Di Sabah Sejak 29 Tahun Lalu
Artikel berkaitan: Cikgu Fadli Umum Bersara Awal Selepas 18 Tahun Berkhidmat, Perjelas Bukan Sebab Kecewa Tapi…
Malah, guru tersebut juga berjanji akan menampal kerja sekolah murid tersebut di hadapan kelas dan membenarkan murid lain fotostat untuk rujukan sendiri.
“Kalau kamu nak tanya dia sendiri minta dia jelaskan pun boleh tidak ada masalah,” katanya.
Dalam ruangan komen, boleh dilihat ramai netizen yang berasa tersentuh hati dengan tindakan guru terbabit.
“Cikgu macam inilah bagus, hargai usaha keras murid,” kata Jim.
“Walaupun nampak kecil, tetapi impaknya sangat besar untuk anak murid,” kata Anna.
“Saya pernah dipuji sebab tulisan kemas. Sampai hari ini saya masih ingat cikgu tersebut,” kata Haya.
Terima kasih cikgu! Inilah bukti sebenar guru ibarat pelita, membakar diri dan menerangi kegelapan.