Tak dapat dinafikan bila kita terjumpa servis hotel atau penginapan atas talian yang menawarkan harga murah, pasti kita tak teragak-agak untuk membuat tempahan.
Pun begitu, satu pengalaman yang dikongsi oleh seorang pengguna X mendedahkan dirinya ditipu ketika menempah sebuah vila yang terletak di Putrajaya.
Harga murah mungkin sebab baru
Individu tersebut berkata, dia telah menempah sebuah vila di salah satu platform penempahan atas talian. Rupa-rupanya, vila dan alamat yang dikatakan terletak di Putrajaya itu tidak wujud.
Booking vila melalui… tapi vila ni tak wujud dekat alamat Putrajaya. Ini first time aku kena scam sepanjang hidup 3 dekad.
Mengikut perancangan awal, dia dan keluarga ingin menyambut kepulangan ibu yang baru sahaja pulang dari ibadah umrah. Jadi, dia telah mencari beberapa tempat untuk menginap di Putrajaya.
Aku tahu vila ni baru masuk.. tapi aku check juga dekat Facebook. Nampak macam boleh percaya, murah sebab baru kot.
Bayar deposit RM300
Bagaimanapun, dia berasa yakin kerana membuat tempahan serta membayar deposit vila itu di platform tersebut. Kemudian, ‘pemilik’ vila yang tidak wujud itu berhubung dengannya melalui WhatsApp.
Aku rasa secure sebab buat payment melalui… Lepastu owner vila contact minta deposit. Siapa ayat proper, invoice dan panduan masuk bila. Tak rasa pelik langsung masa ni. Aku terus bayar je deposit RM300.
Dia juga telah menyemak beberapa kali nombor telefon di WhatsApp dengan nombor telefon yang tertera di platform tempahan itu sebelum membayar deposit.
Sebelum bayar memang aku cross check phone number. Bila dah confirm phone number owner vila dekat.. ni sama, aku pun bayar deposit tanpa fikir was-was.
Gugur jantung bila tahu kena scam
Menurut New Straits Times, individu itu tersedar dirinya telah ditipu apabila ‘pemilik’ vila tersebut tidak dapat dihubungi secara tiba-tiba. Jadi, dia terus menyemak sekali lagi di Facebook tentang vila berkenaan dan terjumpa satu hantaran mengenai vila yang tidak wujud itu.
Aku search keyword ‘Beverly Row Villa Scam’ kat Facebook. Memang betul scam. Gugur jantung aku sebab first time kena scam.
Lepas tu aku search nama.. dia scammer, ramai dah orang terkena rupanya. Masa aku nak transfer deposit tak ada pula nak check nama dan nombor akaun bagai.
Bagaimanapun, dia juga telah pergi ke tempat vila mengikut alamat yang diberikan dan ternyata vila tersebut tidak wujud. Dia telah membuat aduan melalui platform penempahan itu dan berharap pengalaman yang dikongsi dapat dijadikan pengajaran.


Di ruangan balas, dia turut berkongsi tentang maklum balas oleh platform penempahan.
Senang betul si scammer ni buat duit..
Sumber: X, New Straits Times