in

“Mungkin orang lihat tenang saja” – Aisyah Hijanah Bersuara Dakwaan Poligami Hanya Marketing

Aisyah Poligami Marketing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah mengenai rumah tangga pasangan pempengaruh yang juga usahawan, Aisyah Hijanah dan Alif Teega menjadi bualan pengguna media sosial sejak tahun lepas hingga sekarang.

Sepanjang isu itu, ada yang berspekulasi bahawa isu suaminya berkahwin dua hanyalah sekadar marketing.


Tidak mahu perihal rumah tangganya terus menjadi bualan netizen, Aisyah akhirnya menjelaskan dakwaan terbabit.

Artikel berkaitan: Alif Teega Bakal Lancar Lagu Dengan Aisyah Hijanah, Tapi Netizen Kata “Kalau istimewa kenapa menduakan?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)


Menerusi hantaran di Insta Story miliknya, Aisyah yang kini sarat mengandung anak ketiga berkata tuduhan marketing tidak benar.

Katanya, dakwaan tersebut berkemungkinan timbul apabila dia kelihatan tenang dan tidak sedih apabila diuji dengan masalah rumah tangga.

“Apa yang berlaku bukanlah marketing. Mungkin orang lihat saya tenang sahaja dan sampai sekarang seperti biasa-biasa dan tiada apa yang berlaku.

“Saya cuba untuk bersangka baik dengan Allah dan setiap hari meminta jalan yang terbaik juga daripada Allah.

“Saya cuba kawal diri dan emosi supaya tidak buat benda yang bukan-bukan. Biarlah tindakan itu dalam keadaan kewarasan, bukan mengikut emosi semata-mata,” katanya.

Img 9075

Dalam pada itu, Aisyah juga berkongsi amalan yang diamalkan sepanjang dirinya diuji dengan masalah rumah tangga.

Terdahulu, Aisyah mengesahkan harta sepencarian bersama suaminya Alif Teega iaitu syarikat Hijanah sudah sepenuhnya menjadi miliknya.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.