in

“Mungkin kerana saya hilang arah” – Zahnita Dedah Pernah Alami Kemurungan Teruk

ft Zahnita kemurungan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan model Zahnita Wilson mendedahkan yang dirinya pernah mengalami masalah kemurungan melampau pada tahun 2019 sehingga dia terpaksa bertemu dengan pakar psikiatri.

Bagaimanapun, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40 membatalkan hasrat untuk meneruskan rawatan selepas dia melihat keadaan pesakit lain yang jauh lebih teruk daripadanya.


Artikel berkaitan : “Ada perancangan sebab terlalu rindu” – Zahnita Wilson Mahu Kembali Ke Dunia Peragaan

Artikel berkaitan : Abdul Zackery Dakwa Isteri Bohong, Tunjuk Perbualan Zahnita Minta Resepi Pai Daripada Ibu Mentua

“Jujurnya saya pernah ke wad psikiatri di mana saya berada pada tahap terendah dalam hidup. Tapi bila saya sampai di wad itu saya tengok keliling ada ramai pesakit lain yang menunggu dan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada saya.”

“Jadi saya tak rasa saya patut berada di sana sebab saya tak seteruk mereka dan memilih untuk patah balik ke rumah,” katanya kepada mStar ketika sidang media bersama NR Costemics di Bangi hari ini.

Screenshot 2025 02 12 181753

Kongsi Zahnita lagi, ketika itu dia rasa seperti hilang arah sehingga perlu berjumpa dengan pakar psikiatri. Namun begitu, selepas dia pulang ke rumah, dia memilih untuk mencari ketenangan dengan mendekatkan diri pada Allah SWT.

“Mungkin kerana hilang arah waktu itu. Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah.”

Jelas Zahnita lagi, suaminya adalah individu yang membawanya ke wad tersebut bagi membantu dirinya pulih daripada kemurungan.

“Dia ialah orang yang bawa saya ke wad psikiatri berkenaan. Mungkin ketika itu dia nampak saya memang berada di tahap terendah seperti tak tentu arah.”

Untuk rekod, Zahnita tekad memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember 2024.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.