Sekarang ini kita masih berada dalam bulan kemerdekaan, namun mungkin kemeriahannya tak begitu dirasai seperti tahun-tahun sebelumnya.
Namun perkongsian Mior di twitter mengenai kisah seorang uncle Cina dan bendera di kedai kaki lima ini mendapat respon positif netizen sehingga raih lebih 11k retweet dan 23.7k likes di twitter.
“Uncle ni pasang bendera sebelum dia tutup kedai. Mungkin nampak kecik je effort ni, tapi…”
Jarang dah sekarang ni aku nampak orang nak pasang bendera kebangsaan kt kedai kaki lima. Tadi ternampak Uncle ni pasang bendera sebelum dia tutup kedai. Mungkin nampak kecik je effort ni, tapi usaha untuk pamerkan bendera kebangsaan tu harus dipuji. pic.twitter.com/Tmz84ljVva
— Mior ???? (@danny_ramly) August 19, 2020
Berkongsi kepada Lobak Merah, Mior berkata kejadian ini berlaku di Pekan Manong, Kuala Kangsar Perak.
Ketika itu dia sedang parking kereta sebab nak beli pisang goreng di tepi jalan sebelum dia ternampak uncle Cina ini bersungguh-sungguh memasang bendera di kedainya yang terletak di kaki lima.
Katanya, mungkin akan ada yang beranggapan effort uncle ini nampak kecil namun usaha lelaki ini memasang bendera kebangsaan wajar dipuji.
Baca : WOW! Lelaki Ini Sanggup Berhabis Lebih RM12 Ribu Untuk Hias Rumah Sempena Merdeka