in

“Mungkin doa orang teraniaya makbul” – Individu Dakwa Datuk Red ‘Scam’ Jual Beli Tanah?

Untitled design 2024 03 27T154709.785

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Datuk Red kini masih disebut-sebut di media sosial dek kerana tular beberapa temu ramah serta pengakuannya yang memberitahu dia kini sedang mencari kerja bagi meneruskan kehidupannya serta anak-anak.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu kini juga sedang menghadapi tuntutan cerai daripada kedua-dua isterinya iaitu Syarifah Norshafila (Datin Red) serta penyanyi terkenal, Adira Suhaimi.


Artikel berkaitan: Dedah Sudah 5 Tahun Hidup Ditanggung Adira, Ramai Simpati Dengan Nasib Datuk Red

Artikel berkaitan: “Harap ada sudi memberi” – Datuk Red Tengah Cari Kerja, Nak Sara Anak & Bayar Hutang?

Tidak cukup dengan itu, di aplikasi X kini banyak yang ‘menyebut’ nama Datuk Red dan mendakwa urusan jual beli tanah sebelum ini masih belum diselesaikan, malah ada juga beberapa individu yang menggelarkan dirinya scammer.

cats 33

Menurut laporan Harian Metro, kes yang dimaksudkan ialah urusan jual beli enam plot tanah di Mukim Hulu Langat daripada ADN Properties yang merupakan syarikat Datuk Red serta seorang lagi pengarah.

Syarikat tersebut mendakwa tanah itu milik mereka, mangsa mendakwa semua defendan membuat konspirasi penjualan tanah rizab Melayu itu sehingga mendorong mereka melabur semua wang simpanan mereka.

Plaintif mendakwa semua defendan melakukan penipuan dan menyebabkan Perjanjian Jual Beli (SPA) bertarikh 18 Januari 2016 dan 12 Januari 2016 dikeluarkan melalui firma yang tidak wujud pada 29 Julai 2015.

Berdasarkan kenyataan akhbar yang diperoleh, Bhavanash berkata, ia adalah penipuan tanah berskala besar dan dipercayai membabitkan lebih 120 pembeli.

Sumber: X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.