Kucing merupakan antara haiwan yang sangat disukai oleh manusia, ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak demi keselesaan serta kebajikan Si Comel tersebut. Namun, jarang kita lihat haiwan tersebut membalas budi tuannya kan?
Baru-baru ini, sebuah video tular di laman TikTok yang memaparkan kasih seekor kucing terhadap tuannya yang telah berhijrah ke negara abadi.
@pasubunga_66 Semoga dgn berbuat baik pda binatang,kebaik jga yg kita dpt….#ziarahkubur#doaibuselamanya #kucingkesyangan ….
Video berdurasi 6 saat yang dimuat naik oleh @pasubunga_66 itu cukup menghibakan apabila kelihatan seekor kucing baring di atas sebuah kubur yang difahamkan kubur arwah tuannya.
“Dulu arwah mak mertua terlalu sayangkan kucing, setiap kali ziarah kubur kucing ni mesti ada atas kubur mertua,” tulisnya dalam video tersebut.
“Mereka pun ada perasaan”
Video pendek tersebut membuatkan banyak hati yang sebak, walaupun kucing tidak boleh berkata-kata namun mereka akan sentiasa kenang jasa tuan-tuan mereka.
Rata-rata netizen sayu menonton video tersebut dan ramai yang merasakan ia mungkin kerana arwah dahulu banyak berjasa dengan haiwan peliharaannya itu.
Manah tahu, Si Comel itu akan doakan arwah sentiasa kan? Al-Fatihah…
Baca: “Takkan tak tahu?” – Wanita Bawa Kucing Naik ‘Train’ Dikecam Netizen