Baru-baru ini kecoh apabila seorang ibu bengang anaknya dirotan guru kerana bersikap kurang ajar.
Tapi ramai yang kata cikgu tu sangat baik dan seorang cikgu yang bagus.
“Berikan aku sedikit pahala..”
Susulan daripada kes itu, ramai yang buat sesi throwback pengalaman pahit manis bersama cikgu masing-masing.
Semoga perkongsian Cikgu Farrah ini juga mampu memberi senyuman buat anak muridnya suatu hari nanti.
Cikgu Farrah berkata, dia nekad membawa pakaian itu pulang walaupun ada yang melarang.
Semuanya atas dasar ikhlas untuk membantu dan bukan untuk memperkecilkan sesiapa lebih-lebih lagi keluarga anak muridnya.
Dah cuba minta penjelasan tapi tiada respon
Katanya, dia dah cuba minta penjelasan daripada kanak-kanak itu tapi tak ada respon.
Mungkin sebab anak itu malu, segan dan macam-macam lagi. Dia pun ada punya perasaan kan?
Pulanglah aku dgn baju itu, aku rendam, aku tonyoh, aku gosok2 tp aku rasa aku gagal… gagal yg mana aku telah ditegur jangan! xpa, esok mgkin ada lg… aku cuba…
Dan hari berikutnya aku rasa sedikit kepuasan.. aku mgkin akan buat dia gembira walhal hakikatnya aku dah nmpak mcm ada banyak benda akan terjadi.”
Sedih kalau tengok keadaan pakaian anak murid cikgu ini.
Bagaimana dia boleh memakai pakaian yang sekotor dan selusuh ini? Tapi kita tak tahu, mungkin ada cerita di sebaliknya.
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk!
Cikgu Farrah menegaskan dia bukan nak menunjuk-nunjuk kepada mereka di luar sana.
Sebaliknya, atas dasar kasihan dengan nasib murid berkenaan.
Mungkin ada orang anggap tugas seorang guru hanya untuk mendidik anak murid atau para pelajar.
Tapi sebenarnya lebih daripada itu; perlu ada rasa simpati, belas kasihan dan berperikemanusiaan.
Contoh guru terbaik!
Selain ibu bapa, gurulah insan paling hampir dengan anak-anak ini untuk mendapatkan bantuan dan perhatian.
Ada yang rasakan bukan tanggungjawab seorang guru untuk buat semua itu tapi siapa tahu, insan bergelar guru saja yang dapat membantu?