in

“Mummy! Sakit sangat!” – Mangsa Dihempap Dengan Kontena Sempat ‘Call’ Ibu Sebelum Maut

Ibu Mangsa Dihempap Kontena

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada wanita yang terkorban dihempap kontena yang dibawa sebuah treler, memaklumkan kepada media semalam bahawa anaknya sempat membuat panggilan kepadanya sebelum meninggal dunia.

Menurut wanita yang ingin dikenali sebagai Lim, 42, dia mendengar suara perempuannya, Lee Zi Rou, 21, mengerang kesakitan, lapor China Press.


Ji999

Namun bila ditanya di mana keberadaan anaknya, Lee Zi Rou dikatakan tidak menjawab soalan itu.

Mummy! Sakit sangat!

Saya tanya anak perempuan saya di mana dia berada, tetapi dia tidak menjawab. Saya tahu sesuatu yang buruk telah berlaku,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: Ajal Di Lampu Isyarat, Wanita Maut Kereta Dihempap Kontena Terbalik

Artikel berkaitan: Ngeri! Lelaki Maut Dihempap Kontena, Didakwa Berpunca Dari Tanah Mendap

“Saya betul-betul sedih yang saya tak dapat selamatkan anak saya.”

Selepas panggilan itu terputus, Lim cuba untuk menghubungi anaknya sekali lagi, namun tidak mendapat sebarang jawapan.

Ibu mangsa kemudian keluar mencari mangsa dengan mengikuti laluan kebiasaan anaknya ke tempat kerja.

Saya mencari di sekitar laluan yang anak saya ambil untuk keluar bekerja setiap hari sambil menelefonnya.

“Seorang lelaki kemudian menjawab panggilan tersebut dan memberitahu bahawa anak perempuan saya sudah dihempap kontena,” katanya.

Whatsapp Image 2024 11 13 At 3.06.50 Pm

Lim mengambil masa 10 minit untuk tiba di lokasi tersebut dan mendapat tahu bahawa anaknya sudah meninggal dunia.

Saya betul-betul sedih yang saya tak dapat selamatkan anak saya. Saya hampir sesak nafas ketika berada di lokasi kejadian semalam.” 

Menurut Lim lagi, sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata terakhir mangsa yang menjerit kesakitan.

Sebagai info, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.15 pagi Rabu, Lee Zi Rou yang memandu kereta ke tempat kerjanya telah terkorban selepas kontena yang dibawa sebuah treler terjatuh menghempap keretanya.

Susulan kemalangan maut itu, pemandu treler berkenaan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sumber: mStar, China Press

Sumber: China Press

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.