Bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu yang disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada si ibu.
Sempena Hari Ibu yang jatuh pada Ahad ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah menerima ucapan istimewa daripada anak lelakinya, Ayden Adrean.
Menerusi perkongsian ERA.je di Instagram, Bella tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya itu.
Artikel berkaitan: “Sumandak Sabah di China!” – Bella Astillah Buat Ramai Terpukau Di Wuhu Shenshan Music Festival
Artikel berkaitan: Sajat Pesan Bella Astillah ‘Jangan Takut Tinggalkan Sampah’, Yakin Yang Lebih Baik Jadi Pengganti
Dalam ucapan Ayden yang kini berusia 7 tahun, dia berjanji untuk menjaga ibu dan adiknya apabila dewasa dan memastikan untuk tidak membuatkan ibunya bersedih.
“Assalamualaikum mummy, Ayden nak cakap dengan mummy, Ayden janji tak akan buat mummy sedih.
“Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy dan adik. Mummy jangan kerja sampai penat tau nanti mummy sakit. Saya sayang mummy!” ucap Ayden.
View this post on Instagram
Ayden juga sempat menyanyikan beberapa rangkap lagu ‘Ibu ratu hatiku’ sebelum mengakhiri ucapannya.
Dalam klip video itu, dapat dilihat ibu Bella iaitu Zarina Astillah tidak henti mengalirkan air mata sepanjang ucapan tersebut dimainkan.
Begitu juga dengan mereka yang berada dalam konti tersebut, turut tidak dapat menahan sebak mendengar ucapan Ayden.
Bella memberitahu anak-anaknya merupakan hadiah paling bermakna dalam hidupnya. Kata Bella, dia hanya fokus untuk menghargai orang yang menyayanginya sahaja.
“Kita pun menangis”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak mendengar ucapan Ayden buat ibunya. Netizen juga mendoakan agar anak Bella menjadi anak yang soleh dan dapat membanggakan ibunya.
Pandai Ayden buat semua orang sedih…
Sumber: Instagram