Polis Trafik merupakan individu yang amat penting dalam masyarakat kita, mereka antara yang membantu dalam menjamin keselamatan di jalan raya. Khusunya hal-hal yang menyebabkan kesesakan dan kemalangan.
Baru-baru ini, tindakan mulia seorang anggota polis trafik menarik perhatian netizen.
Sebuah video berdurasi 35 saat viral di media sosial sejak semalam menunjukkan seorang anggota polis trafik menutup bekas tumpahan minyak dengan tanah yang dipercayai berpunca daripada sebuah kemalangan.
Dalam laporan Kosmo!, kejadian itu berlaku di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) berdekatan bangunan Angkasapuri.
Dipercayai, kemalangan terbabit berlaku kerana terdapat seekor ular sawa yang melintas di jalan tersebut, menyebabkan seorang pemandu wanita terkejut dan brek secara mengejut.
Insiden tersebut kemudian menjadi punca dua buah kenderaan dibelakang kenderaan wanita terbabit berlanggar dan berlaku pertumpahan minyak di situ.
“Saya mencari alternatif lain dengan menabur tanah di kawasan berminyak tersebut”
Polis trafik yang dikenali sebagai Azman Shah Ishak itu berkata tindakan itu dilakukan kerana dia bimbang akan keselamatan pengguna jalan tersebut terutama sekali pengguna motosikal.
Tambahnya lagi, dia menggunakan tanah kerana bantuan dari petugas lebuh raya lambat tiba disebabkan kesesakan yang berlaku sejauh kira-kira 10 kilometer kerana kemalangan tersebut.
“Walaupun ia hanya bersifat sementara namun saya berharap tiada pengguna lain yang tergelincir akibat tumpahan minyak tersebut.” katanya lagi.
“Salute.. buat baik, dpt balasan baik..”
Rata-rata netizen kagum dengan ketangkasan dan ramai yang memuji keprihatinan anggota polis tersebut.
Sebagai info, polis trafik yang berusia 57 tahun dan berpangkat Sub Inspektor itu telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih kurang 35 tahun.
Tabik tuan!
Baca: ‘Respect!’ – [VIDEO] Tindakan Polis Trafik Bersihkan Longkang Tersumbat Dapat Pujian Netizen