Kita kadang-kadang terlupa nak bersyukur, walaupun tak kaya, sekurang-kurangnya ada juga tempat yang selesa untuk kita tidur dan berteduh.
Baru-baru ini, Pengarah Urusan Shell Trading Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih mesra di kalangan netizen dengan gelaran Pakcik Shell telah kongsikan di Instagram peribadinya mengenai kisah seorang pemuda yang terpaksa tidur di tepi jalan selepas ibunya meninggal.
Menurut Pakcik Shell, ketika dalam perjalanan dia pulang bekerja, dia terserempak dengan seorang pemuda yang sedang mengumpul barang kitar semula untuk dijual.
Pemuda bernama Shahril ini dikatakan terpaksa keluar dari rumahnya selepas ibu kandungnya meninggal dunia dan tidur di sudut bangunan beralaskan kadbod sambil mencari barang kitar semula untuk mencari sesuap nasi.
Kerana sedih dengan kehidupan Shahril ini, Pakcik Shell telah carikan stesen yang sediakan hostel supaya pemuda itu boleh bekerja dan tinggal di hostel yang disediakan.
Di negara kita, agak sedih ada insan tersisih sebegini.”
https://www.instagram.com/p/CGBbHx_FaPI/
Pakcik Shell turut meminta orang ramai untuk doakan agar urusan Shahril dipermudahkan dan moga dia boleh mendapat kejayaan seperti orang lain.
Sebenarnya, ramai lagi gelandangan yang terpaksa hidup di jalanan dekat Malaysia ni. Harapnya ramai lagi orang yang berhati mulia macam Pakcik Shell ni dan dapat membantu orang-orang yang tengah susah.
Amin…