in

Mulai 18 November Ini, Tiada Lagi Khemah Biru di Pantai Port Dickson

Pantai Port Dickson

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan sebelum ini kecoh diperkatakan di media sosial tentang isu sewaan khemah biru di kawasan pantai di Port Dickson kerana ramai pengunjung yang berpendapat bahawa aktiviti sewaan itu tidak sepatutnya berlaku.

Tambahan pula, sewaan khemah itu telah menyebabkan ramai pengunjung lain yang tidak menyewa khemah tidak dapat melihat pemandangan pantai.


3 4

Terkini, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengeluarkan notis kepada pemilik perniagaan itu agar sewaan khemah itu dihentikan berkuat kuasa pada 18 November ini.

Memetik laporan Astro AWANI, notis itu diberikan kepada semua pengusaha sewaan khemah biru di pantai Port Dickson termasuklah di Pantai Teluk Kemang, Pantai Cermin dan Pantai Tanjung Biru.

4 5

Artikel Berkaitan: Tular Isu Khemah, MPPD Sita ‘Khemah Biru’ Pantai Teluk Kemang

Artikel berkaitan: “Bukan tempat awam ke?” – Netizen Terkejut ‘Port’ Tengok ‘Sunset’ Kena Caj RM20

Ini kerana aktiviti sewaan khemah berwarna biru itu telah menjejaskan nama baik Port Dickson sebagai salah satu lokasi peranginan yang popular di negeri itu.

Menurut Yang Dipertua MPPD, semua pengusaha sewaan khemah tersebut diminta untuk memberi kerjasama dalam menghentikan aktiviti sewaan terbabit bermula 18 November ini.

Jika notis itu tidak dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha yang terlibat, kesemua barang sewaan seperti khemah, meja, kerusi dan payung akan dipindahkan atau dialihkan oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson tanpa notis.

Harapnya lepas ni tiada lagi aktiviti macam ni di tepi pantai ni…

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.