in

“Mula rasa tak selesa pakaian ketat” – [VIDEO] Dulu Sakan Masuk Kelab, Transformasi Wanita Ini Dapat Perhatian

Ft Kelab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang boleh berubah dengan izinNya. Itulah ayat yang sesuai untuk digunakan bagi menggambarkan cerita ini. Seorang wanita yang menghilangkan diri sekian lama namun selepas muncul semula, transformasi dirinya mengejutkan ramai orang.


Menurut mStar, video perkongsian wanita bernama Nur Wilda Farhani Muhd Zaidi itu di TikTok telah menarik perhatian ramai yang memberikan komen-komen positif. Wanita berusia 23 tahun yang mesra dipanggil Hani itu telah menunjukkan perubahan fesyen dan cara berpakaiannya dua tahun lepas dan sekarang.

Dulu saya tidak bertudung. Saya mula berubah selepas kegagalan rumah tangga. Dua tahun lepas, saya berkahwin dengan seorang lelaki bukan Islam. Dia dah peluk Islam dan berkahwin dengan saya. Siapa sangka, suami tinggalkan saya 2 hari lepas kahwin. Sampai hari ini saya tak jumpa dia.”

Bermula detik itu, saya niat nak berubah. Saya mula bertudung. Saya juga tinggalkan Kuala Lumpur dan kembali ke rumah ibu di Kedah.”

Purdah1

Kata Hani, yang kini sudah berpurdah sejak sebulan lalu, sepanjang tempoh menghilangkan diri daripada semua rakan-rakan di KL dia banyak mendekatkan diri dengan Allah dan mempelajari ilmu agama.

Sukar nak ubah rutin lama. Dulu suka pergi pusat hiburan, buat aktiviti tak berfaedah. Saya juga sangat suka berfesyen. Dari gaya K-pop hingga gaya gothic, semua saya cuba.”

Sekarang saya rasa tak cukup dalam menutup aurat. Tapi bagi saya, berpurdah pun bukan satu halangan untuk berfesyen. Kita boleh gayakan fesyen muslimah dan tetap menutup aurat.”

Alhamdulillah saya dah jumpa kekuatan untuk muncul kembali. Kawan-kawan pun terkejut tapi mereka masih boleh terima saya.”

Purdah2

Difahamkan, sehingga hari ini Hani tidak berjumpa dengan suaminya, malah proses cerai juga masih belum selesai. Bukan sukar untuk peroleh kekuatan namun bagi Hani, dia perbanyakkan tahajud dan meluahkan perasaan terhadapNya setiap hari.

Baca: “Ini semua aturan ditetapkan Tuhan” – Kisah Lelaki 50-an Yang Pernah Jadi Jutawan Berubah Jadi Gelandangan

Gelandangan2

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.