in

“Mula-mula minta maaf lepas tu…” – Tarik Balik Permohonan Maaf, Shuib Mahu Teruskan Saman Pemfitnah

shuib john dihani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selebriti dan usahawan ternama tempatan Shuib membuat sebuah kenyataan media berhubung tuntutan saman yang akan dilakukan olehnya terhadap seorang pemfitnah yang mengatakan dirinya adalah seorang ahli Freemason.

Pengguna Instagram yang dikenali sebagai John Dihani atau nama sebenarnya Johan Dihani Mohd Zaidi itu sebelum ini ada membuat permohonan maaf kepada Shuib namun selang beberapa jam, individu berkenaan bertindak memadam kenyataannya itu.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Pada 4 Julai lalu dia membuat permohonan maaf di InstaStory, tetapi 10 hari selepas itu memadam kenyataan tersebut, malah peguam saya menerima surat daripada peguamcaranya membuat penafian.

Apabila kita hantar surat dan dia nafi, kami teruskan saja prosedur ini. Itu yang dia nak. Dia pun sudah melantik peguamcara,” katanya.

Shuib yang juga seorang penyampai radio itu difahamkan telah menghantar saman menerusi peguamnya dan memaklumkan bahawa dia bersedia untuk ‘naik turun’ mahkamah bagi menyelesaikan isu ini.

“Saya tahu benda begini memakan tempoh panjang tapi demi dia, saya okey. Saya akan adakan masa untuk dia,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Shuib telah mengenakan tindakan terhadap seorang pengguna media sosial selepas menuduhnya anggota organisasi Freemason, selain didakwa sengaja membiarkan Siti Sarah ditidurkan sebelum meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 dua tahun lalu.

Baca: Fitnah Shuib Terlibat Geng ‘F’, John Dihani Buat Permohonan Maaf Tapi...

Shuib John Dihani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.