in

“Mula-mula excited ah masuk” – Penginap Dakwa Diganggu Nenek Kebayan Di Cameron Highland

Ft Cameron Nenek Kebayan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain servis yang kurang memuaskan, salah satu perkara yang membantutkan mood vacation kita adalah ‘gangguan’ yang berlaku di tempat penginapan itu. Biarpun isu ini bukanlah satu perkara baru, tetapi ia mesti membuatkan orang ramai jadi gerun.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Mimie bersama keluarganya menginap di sebuah homestay di Cameron Highland, dia mendakwa ahli keluarganya telah diganggu oleh satu entiti ketika waktu malam.


 

Mula-mula excited ah masuk

Kata Mimie menerusi laman TikTok miliknya, pada awal dia dan keluarganya tiba di tempat penginapan itu, dia berasa teruja melihat suasana di rumah tersebut yang luas, bersih dan cantik.

Bagaimanapun keterujaannya itu berubah sekelip mata apabila dia diganggu oleh entiti yang dikatakan ‘nenek kebayan’, dia terdengar bunyi almari diketuk dan tombol pintu seperti ada orang main.

Entiti yang dikatakan ‘nenek kebayan’ itu disahkan apabila abang serta kakak iparnya itu terlihat kelibat tersebut keluar masuk daripada sebuah bilik di dalam rumah itu menuju ke bilik air.

@wnsymimie

Musimm kot hantu cameron keluar 😂

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Dalam masa 4 hari ia dimuat naik, video itu telah meraih sebanyak 588K jumlah tontonan dan rata-rata netizen gerun dan kongsikan pengalaman sama ketika mereka bercuti, siap ada yang ingatkan nenek kebayan tu cirit lagi, aduhaiii. 

Tapi, apa yang lebih gerun lagi, kelibat tersebut perasan dirinya diperhatikan oleh abang ipar Mimie dan siap berikan senyuman lagi.

Cameron Cameron 2 Cameron 3 Cameron 4

Melihat video tersebut, ada netizen yang dapat ‘hidu’ di mana lokasi terbabit, bagaimanapun ia masih belum ada pengesahan.

Haih, nasib lah pergi dengan family, kalau jenis yang lepak sorang-sorang atau berdua, mahu demam 2 minggu jadinya.

Baca : Wanita Seram Dapat Duit Kertas Tertulis ‘Mantera’ Ketika COD, Ramai Kata Itu…

Duit Mantera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.