Kebiasaan apabila menjelang raya nanti, anak-anak muda akan hadapi dengan soalan-soalan ‘panas’ seperti soal jodoh, saiz badan, warna kulit dan sebagainya. Kalau sebelum ini, di media sosial, isu ini pasti akan dibahaskan, ramai yang akan luah rasa geram, marah dan sedih dengan soalan-soalan yang ditujukan.
Saban tahun kita selalu lihat ramai yang memberikan tips-tips untuk menepis soalan sebegini sampaikan ada yang boleh dikatakan hilang adab, kononnya beri jawapan savage kepada mereka yang bertanya.
Artikel berkaitan : Pemandu Van Biadap, Selamba Tanggalkan Tanda Parkir Khas Ibu Bapa Depan Sekolah
Artikel berkaitan : Lelaki Mohon Maaf Lepas Tinggalkan Komen Biadap Di TikTok Azhar Sulaiman
Bagaimanapun TikToker yang dikenali sebagai @miyabell ini beranggapan bahawa tindakan memberikan jawapan savage itu tidak wajar kerana orang-orang tua itu mungkin tiada niat untuk merendahkan kita.
Sebagai anak muda, @miyabell juga tidak terlepas dengan soalan-soalan sebegitu. Baginya, golongan berumur ini hanya mahukan kawan untuk diajak bersembang.
Malah soalan-soalan seperti ‘bila nak kahwin’ itu dianggap sebagai satu mukadimah untuk ‘bertanya khabar’ memandangkan jarang jumpa.
“Soalan-soalan sebegini adalah mukadimah untuk diajak berborak, saya pernah balik kampung lepastu orang pegang lengan saya lepas dia cakap ‘makin bahagia ya?’, ‘mesti lah bahagia, suami kita berikan makan macam-macam, seronok lah kahwin’, faham tak?
“Maksudnya bila orang tanya, cuba jangan terasa, cuba jawab yang awak tu memang tengah bahagia sekarang.”
Jelasnya, soalan seperti “bila nak kahwin” itu bukanlah satu soalan yang menjatuhkan seseorang kerana soalan sebegitu kerap ditanya kepada kita seawal umur 18 tahun, jadi kita hanya perlu menjawab dengan cara positif untuk menamatkan sesi perbualan itu kerana penting untuk kita menjaga adab kepada orang tua.
Malah, wanita ini menyatakan bahawa perbezaan generasi menjadi satu penyebab utama, cara pemikiran mereka tidak sama seperti golongan muda yang sudah mengambil cakna mengenai sensitiviti seseorang.
“Satu lagi, janganlah rasa semua orang hidup kat zaman kita, zaman sekarang. Gen Z semua, mereka lebih cakna lebih peka, jangan body shaming, jangan skin shaming, jangan tanya soalan sensitif.
“Tapi orang dulu, mereka dah terbiasa, mereka tanya soalan tanya pasal kahwin, tanya pasal kulit, tanya pasal anak, benda biasa, benda normal, jadi cuba jadi positif bila diajak berbual.”
Bagaimanapun, wanita ini tidak menafikan bahawa akan ada yang niat cuba untuk menyindir, waktu itu, adalah hak kita untuk mempertahankan air muka kita. Bagaimanapun, tak perlu sampai melenting, cukup hanya memberikan jawapan sinis dengan nada yang lembut.
“Ini cara saya jawab kalau orang sindir, saya cakap saya suka kulit gelap, saya cantik, saya istimewa, semua orang kemaruk nak kulit cerah, biarlah saya seorang yang kulit gelap.”
Jelasnya, cara sebegitu sudah memadai untuk ‘tutup mulut’ mereka, tidak perlu sampai kurang ajar dengan memberikan kata-kata kesat untuk buatkan mereka sakit hati.
@miyabell Bersangka baik dulu, kalau memang niat dia untuk menyakitkan hati/sindir baru la kita match their rude energy ?
Ada betulnya, pendek kata, ada sesetengah orang tua tiada niat nak memalukan, mungkin hanya sekadar ingin bertanya khabar. Tetapi kalau memang yang jenis ada niat, kita tak perlu ikut perasaan, cukup hanya sekadar memberikan jawapan yang baik tapi pedas, tak perlu nak sindir balik.
Sumber : TikTok