Seorang wanita di Indonesia tergamak ‘membekalkan’ gadis-gadis bawah umur kepada lelaki yang ingin memuaskan nafsu. Menurut Liputan6, Ariyana Ahmad yang baru berusia 20 tahun itu telah ditahan pihak polis di kediamannya selepas didakwa menjadi ‘mak ayam’ dan menghantar kesemua mangsa kepada seorang pelancong warga Amerika Syariat, Russ Medlin.
Ariyana telah ditahan pihak polis Jumaat lepas (19 Jun) selepas dua remaja perempuan bawah umur membuat laporan dan mendakwa mereka dibayar olehnya untuk melakukan hubungan seks bersama Medlin.
Setiap minggu bekalkan 2,3 gadis
Medlin telah memasuki Indonesia tahun lalu dan sejak itu dia menjadi pelanggan Ariyana yang digelar ‘Mami Ariyana’ ini. Difahamkan, Ariyana dipercayai menjadi ‘mak ayam’ untuk membekalkan pekerja seks dan Medlin adalah salah seorang pelanggannya.
Setiap minggu, dua atau tiga gadis bawah umur akan dibawa bertemu dengan Medlin. Sehingga kini, terdapat lebih 10 gadis yang telah jadi mangsa seks lelaki itu.
Dapat untung sampai berjuta!
Setakat ini, Ariyana telah berjaya mendapat keuntungan jutaan rupiah hasil daripada kegiatan jijiknya itu. Menurut jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus, Ariyana sememangnya aktif menghantar gadis-gadis di bawah umur sejak Februari mengikut permintaan Medlin.
Sejak itu, dia menerima sekitar Rp 20 juta (RM6012.07) sebagai imbuhan membawa gadis bawah umur kepada Medlin.”
Rupanya dikehendaki di AS
Selepas berjaya menahan Medlin yang pada mulanya cuba melarikan diri, polis mendapati dia sebenarnya sedang diburu kerana terbabit dalam penipuan mata wang kripto di AS.
Selepas ditahan, kami memeriksa identitinya dan mendapati dia turut dicari oleh agensi penguatkuasa undang-undang luar negara. Pihak polis juga merampas wang tunai lebih AS$20,000 (RM85,000) daripada suspek.”
Pendakwa raya di AS menuduh Medlin mengetuai ‘BitClub Network’ (Rangkaian Kelab Bitcoin) yang mengambil wang daripada pelabur menerusi skim ‘ponzi’ (cepat kaya) berteknologi tinggi.
Menurut Harian Metro, laman sesawang di Nevada, AS telah mendedahkan nama pesalah seks dan Medlin adalah salah seorang pesalah ‘tidak patuh’ tahap dua (kedua paling serius).
Lari dari polis negara sendiri, tapi kena tangkap dengan polis negara lain! Kahkahkah!