Seperti yang kita sedia maklum umat Islam dalam negara ini giat menjalankan boikot terhadap mana-mana jenama yang terlibat dengan zionist berikutan dengan peristiwa berdarah yang terjadi di Gaza.
Namun begitu, ada isu yang menjadi buah mulut orang ramai ketika hari lebaran di mana terdapat video dan gambar yang memperlihatkan orang ramai membanjiri restoran makanan segera itu, lebih parah lagi ada yang bertindak keterlaluan sehingga menggelarkan mereka seperti anjing dan babi.
Artikel berkaitan : Peniaga Bazar Dakwa Kos Bahan Mentah Mahal Punca Harga Juadah Naik, Netizen Kata Nak Boikot
Artikel berkaitan : “Munafik korang ni” – Sajat ‘Sound’ Individu Beli Kek Tapak Kuda Guna Barang Boikot
Susulan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan bahawa tindakan boikot yang melampau itu tidak patut digalakkan kerana ia mencerminkan sifat taksub dan kedengkian sekaligus merosakkan agama serta akhlak
Menurutnya, tindakan boikot mana-mana restoran, syarikat atau premis perniagaan yang didapati melakukan penghinaan terhadap agama Islam atau umatnya boleh dianggap wajar. Namun, ia hanya lakukan secara berserdehana sahaja jika ingin protes.
Tegasnya lagi, Islam tidak suka umatnya bersikap ekstrim dan taksub meskipun atas nama agama kerana sikap demikian lazimnya didorong oleh kejahilan serta fikiran yang tertutup oleh golongan yang tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang berbeza pandangan dan kepercayaan dengannya.
“Di sinilah persefahaman dan toleransi amat mustahak malah perlu disedari bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kadangkala berlaku kejadian yang menggores atau menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada disengajakan atau tidak.”
Ujarnya lagi, umat Islam memerlukan kewarasan dan kebijaksanaan dalam mengurus kepelbagaian supaya tidak menambahkan lagi ketegangan yang boleh membawa kepada pergaduhan hingga merugikan semua pihak.
Sumber : Berita Harian