in

Mufti Pahang Jelaskan Tiket Coldplay Sebagai Mas Kahwin Tidak Sah Sebab…

mufti pahang tegur isu coldplay jadi mahar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video sepasang pengantin baharu akad nikah di media sosial, apa yang membuatkan ianya viral adalah tikat konsert Coldplay yang menjadi kegilaan orang ramai itu dijadikan sebagai mas kahwin perkahwinan mereka.

Susulan itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman tampil bersuara mengenai hal ini, beliau menyifatkan bahawa pemberian itu tidak sah kerana ia tiada nilai. Memetik laporan Sinar Harian, beliau menyifatkan bahawa ia bercanggah dengan hukum syarak.


“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.

“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.

“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay.”

Dalam pada itu, Abdul Rahman menjelaskan bahawa mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah. Katanya lagi, seandainya hanya tiket konsert Coldplay yang dijadikan mas kahwin ianya akan jadi tidak sah.

Baca : [VIDEO] Pasangan Indonesia Jadikan Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin

mas kahwin tiket coldplay 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.