in

“Mudah sangat Allah jemput” – Bapa Mertua Aliff Syukri Meninggal Ketika Sedang Solat

Bapa Mertua Aliff Syukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, satu berita sedih meneyelubungi keluarga usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri di mana bapa mertuanya iaitu Mohd Rashid Abbas menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi.

Berita sedih itu disampaikan oleh isteri kepada Datuk Aliff Syukri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid menerusi laman Instagram miliknya.


Artikel berkaitan: “Pegang password media sosial” – Aliff Syukri Kongsi Tips ‘Paling Berguna’ Elak Suami Curang

Artikel berkaitan: “Ada yang hantar ‘barang’?” – Dengki Dengan Aliff Syukri, Bibik Pula Kena Tempias Sampai Dirasuk

“Assalamulaikum saya baru sahaja kehilangan ayah yg tercinta. Buat yang mengenali bapa saya Mohd Rashid B Abbas, saya ingin memaklumkan Arwah bapa saya telah kembali ke Rahmatullah.

Saya Mohon Maaf jika ada salah silap arwah bapa saya,” tulisnya.

Dalam IG Story pula, Shahida berkongsi bapanya itu pergi dengan sangat mudah, difahamkan arwah meninggal dunia ketika sedang solat dan kopiah masih berada di kepalanya. Shahida juga berkongsi bapanya itu tidak mempunyai sebarang penyakit.

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut memuat naik beberapa kenangan bersama bapa mertuanya itu serta meminta agar mendoakan agar semua mendoakannya.

Jenazah akan disemadikan di tanah Perkuburan Layar, Sungai Petani, Kedah hari ini dan disembahyangkan di masjid berhampiran Sungai Layar.

Al-Fatihah…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.