in

Muat Naik Tweet Tak Sensitif Selepas Kematian Salahuddin Ayub, Dominic Lau Dakwa Twitter Digodam

Dominic Lau Tak Sensitif Salahuddin Ayub

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata dari rakyat Malaysia bersedih atas pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah dikebumikan semalam.

Pelbagai ucapan takziah dan perkongsian sedih yang dimuat naik rakan sejawat dan netizen terhadap pencetus ‘Menu Rahmah’ itu.


2192398

“Kalau saya tanding PRK Pulai ok tak?” 

Namun begitu, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr Dominic Lau telah menerima kecaman hebat netizen semalam selepas dikatakan telah memuat naik tweet yang tidak sensitif berkenaan pemergian menteri KDN tersebut.

Ciapan berkenaan berbunyi,

Kalau saya tanding PRK Pulai ok tak?” 

F1Zfbphamae Ovz

Netizen yang membaca tweet berkenaan menyelar tindakan Presiden Gerakan tersebut yang dianggap tidak sensitif dan mula membicarakan soal politik disaat orang ramai masih lagi bersedih akan pemergian arwah.

Akaun Twitter digodam 

Pun begitu, petang semalam, Dominic menerusi Twitter telah memuat naik kenyataan rasmi berhubung itu dan menjelaskan bahawa akaun Twitternya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

https://twitter.com/Dominiclauhc/status/1683396310504996864

Dalam kenyataan itu juga, Dominic memberitahu yang tweet tersebut tidak tulis olehnya dan pihak pentadbir akaun ahli politik itu sedang mengesan punca insiden berkenaan.

Buat masa sekarang, protokol keselamatan yang terbaru telah diaktifkan termasuk penukaran kata laluan pada semua akaun media sosial rasmi beliau.

“Dalam pada itu, beliau akan membuat laporan polis mengenai isu ini dalam masa terdekat,” katanya lagi.

https://twitter.com/Dominiclauhc/status/1683399238938677248

Hasil carian di Twitter juga mendapati ciapan berkenaan sudah dipadam dari media sosial.

Apa-apapun diharapkan tak kiralah apa parti politik yang kita sokong, kita hormatilah ahli keluarga arwah yang baru kehilangan orang tersayang. Sebaiknya kita doakanlah yang baik-baik buat mereka. Takziah. 

Baca: “Saya akan continue Menu Rahmah ini” – Bos MYDIN Sebak Mengenang Pemergian Salahuddin Ayub

Mydin Salahuddin Ayub

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.