Satu perkongsian daripada pelakon Lana Nodin menerusi Instagram story malam tadi telah mencetuskan tanda tanya netizen.
KKM Buat SOP tapi sendiri pun tak ikut??
Dalam perkogsian itu, Lana menunjukkan satu klip petugas KKM yang sedang mengendalikan jenazah, namun terlihat seorang lelaki yang berpakaian biasa tanpa memakai PPE lengkap di kawasan tersebut.
Perkongsian video itu dikatakan telah membuatkan Lana terima DM daripada warganet kerana mempersoalkan pekerja barisan hadapan itu, jadi Lana ada buat satu kenyataan menjelaskan sebab kenapa dia lakukan perkara tersebut.
“Upload sebab jadi tanda tanya apasal brader baju hitam tu boleh je pergi tempat macam tu tanpa PPE yanglengkap?? Apa KKM buat SOP tapi sendiri pun tak ikut?? Yang sibuk suruh aku ke hospital tak percaya apasal?? Faham ke tak video tu?”
“Kalau betul bahaya sampai keluarga tak boleh kebumikan apasal brader tu selamba je datang macam tu? Kenapa KKM tak sound je brader tu tak pakai PPE lengkap?”
Dalam pada itu, Lana juga ada kongsikan satu perkongsian di Facebook yang menunjukkan seorang individu yang dikatakan Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sedang berbual menerusi telefon bimbitnya dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.
Perkara itu juga turut menjadi persoalannya kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam Pejabat Menteri Kesihatan.
Perkongsian itu, viral di Twitter dan ramai mula pelik dengan kenyataan yang dibuat oleh pelakon itu.
Mungkin ada maksud dan sebab tersendiri dan persoalan Lana itu adalah berdasarkan pandangannya sahaja sebagai rakyat Malaysia yang turut menghadapi tekanan ke naik ni yang sama macam kita juga.