in

Muat Naik Posting Berunsur Fitnah, Chef Wan Diarah Bayar RM150K Kepada Bekas Menantu

Chef Wan Bayar Bekas Menantu Rm150K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Chef selebriti terkenal, Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan telah diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan semalam untuk membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap lelaki itu di media sosial.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong telah membenarkan rayuan O’Luanaigh untuk batalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat Chef Wan itu tidak memfitnah lelaki tersebut.


Oleh itu, Hakim Azizah telah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 ganti rugi am, teruk dan teladan kepada bekas menantunya dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Chef Wan Penang Food 2017 04 14

Artikel berkaitan: Polis Siasat Kenyataan Chef Wan, Samakan ‘Dress’ Aishwarya Rai Dengan Perayaan Thaipusam

Artikel berkaitan: “Menantu kali ini tak b*ngsat” – Chef Wan Suka Dengan Suami Serina Sampai Nak Belanja Dapur

Hakim juga memberi injuksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah terhadap O’Luanaigh.

Chef Wan juga pada masa yang sama diperintahkan untuk membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Ketika menyampaikan alasan penghakiman, Hakim Wong berkata, mahkamah mendapati bahawa hantaran dalam laman sosial Instagram dan Facebook Chef Wan telah memfitnah bekas menantunya itu.

02Gua

Menurutnya lagi, Chef Wan juga telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O’Luanaigh.

Sebagai info, O’Luanaigh merupakan warganegara British dan telah memeluk Islam pada tahun 2006 serta menggunakan nama Salahuddin Ghaffar. Dia telah berkahwin dengan anak Chef Wan, Serina Redzuawan pada 2010 sebelum bercerai pada 2017.

Serniachefwannikah7

O’Luanaigh kemudian memfailkan saman pada Februari 2021 dengan mendakwa terdapat lapan hantaran media sosial bekas bapa mentuanya yang memfitnah dia dan isterinya sekarang.

Walau bagaimanapun, Chef Wan berkata kenyataan yang disiarkan dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat.

Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebahagiannya telah membenarkan tuntutan O’Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang Chef Wan terbitkan sebarang dakwaan libel dan palsu terhadapnya.

Hakim juga memerintahkan Chef Wan menurunkan lapan posting tersebut yang menjadi subjek dalam saman fitnah berkenaan.

Moga kedua-dua pihak dapat selesaikan isu di antara mereka dengan sebaiknya. 

Sumber: Harian Metro

Sumber: Malay Mail
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.