Rumah tangga pempengaruh popular, Haqiem Stopa sekali lagi jadi perhatian warganet apabila isterinya, Aireena Sofia, memuat naik satu hantaran di Threads yang mencetuskan pelbagai persoalan.
Dalam posting tersebut, Aireena berkongsi gambar bersama seorang peguam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, seolah-olah memberi bayangan dia sedang menguruskan satu urusan penting.
Perkongsian itu membuatkan ramai mula berspekulasi bahawa pasangan ini mungkin sedang memasuki fasa proses perceraian.
Artikel berkaitan: “Manusia tak lari buat silap” – Haqiem Stopa Beri Bayangan Tutup Cafe? Netizen Titip Nasihat
Artikel berkaitan: “Saya menggigil”- Haqiem Stopa Masih Sayangkan Isteri, Enggan Bercerai
View on Threads
Netizen di Threads dan TikTok terus memberikan kata-kata semangat, dengan ramai mendoakan urusan Aireena dipermudahkan dan dia diberikan kekuatan.

Sebelum ini, kisah rumah tangga mereka hangat diperkatakan selepas Aireena mendakwa Haqiem berlaku curang dengan seorang gadis berumur 18 tahun, sekali gus mencetuskan perdebatan besar di media sosial.
Namun sehingga kini, Haqiem masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menjelaskan dakwaan tersebut.
Setakat ini, Aireena belum memperincikan status sebenar hubungan mereka, tetapi ramai berharap apa pun keputusan yang bakal dibuat, ia adalah yang terbaik buat dirinya.
Sumber: Threads
