Sejak beberapa hari lepas, kerap kita dengar mengenai gosip yang seakan-akan memberi hint kononnya seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal kembali kepada perangai lamanya iaitu curang dengan si isteri yang juga seorang pelakon.
Tidak mahu isu tersebut terus-terusan berpanjangan, Bella Astillah menerusi Instagram membuat penjelasan berkenaan hal tersebut selepas dia sedar ada pihak mula menyebarkan berita palsu mengenai hubungannya dengan suami, Aliff Aziz.
“Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi”
Menurut perkongsian berkenaan, Bella katanya terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai hal tersebut apabila ada pihak di media sosial menggunakan ‘statement’nya pada 2019 dan menyuntingnya seakan-akan Bella ada memberi kenyataan baru mengenai isu yang sedang tular.
https://www.instagram.com/p/CnUO1fXvDPf/
Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.
“Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh. Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami,” katanya.
Menurut Bella, gambarnya kelihatan seperti sedang menangis itu sering digunakan sebagai ‘thumbnail’ media tidak bertanggungjawab.
Ia sebenarnya dirakam ketika mata Bella tiba-tiba menjadi pedih dan terpaksa membuang contact lens bersama bulu mata.
“Kami suami isteri sedang sibuk mencari rezeki”
Tambah Bella lagi, hubungannya dengan suami baik sahaja dan mereka sedang sibuk mencari rezeki buat anak-anak yang sedang bersekolah dan menjalani rawatan.
Oleh itu, Bella meminta jasa baik mereka di luar sana untuk menghentikan penyebaran fitnah tidak berasas kerana ia membuat ahli keluarga mahupun rakan terdekat terganggu serta sering bertanyakan mengenai hal ini kepada mereka.
https://www.instagram.com/p/Ch_YnMihB6v/
Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah dan sedang menjalani rawatan. Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini.
Kerana kami juga punya keluarga di Sabah/Singapore dan sahabat-sahabat yang sedang bekerja dan mereka sering ditanya soal ini,” jelasnya panjang lebar.
Sebaiknya kita semua doakan yang terbaik untuk Bella dan Aliff. Tak baik buat spekulasi macam ni.