in

“Mual tekak” – [VIDEO] Next Level Punya Malas, Netizen Tepuk Dahi Tengok Cara Gadis Masak Nasi

nasi baru campur nasi lama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak kalau satu hari tu termasak nasi lebih dan tak habis keesokan harinya? Selalunya kalau admin jadi macam tu, pastinya akan buat nasi goreng untuk breakfast sebab sayang tak nak membazir.

59539 1200x675 1

Walau bagaimanapun, ada seorang netizen ini telah berkongsi videonya memasak nasi dengan mencampurkan nasi lama dan baru. Uiks macam mana tu? 


Menerusi videonya di bawah ini, gadis ini memberitahu jika korang malas untuk keluarkan nasi lama dari periuk, korang sebenarnya boleh campurkan beras untuk masak nasi baru tanpa mengeluarkan nasi lama dari periuk.

Nasi yang telah dimasak hasil gabungan lama dan baru itu boleh dilihat terdapat sedikit perbezaan. Menurutnya, perkara ini hanya boleh dibuat jika nasi lama itu masih elok untuk dimakan.

“Next level punya malas” 

Video yang dikongsikan gadis itu walau bagaimanapun telah menerima kecaman netizen yang merasakan gadis itu agak malas dan perkara ini boleh menyebabkan nasi cepat basi.

Malah ada yang menyarankan sebaiknya gadis itu keluarkan nasi lama dahulu dan masak nasi baru. Kemudian barulah campurkan kedua-duanya untuk dipanaskan.

basi nasi

Apa-apapun ada juga di kalangan netizen mengatakan tindakan gadis itu tidak salah kerana ada yang melakukan hal yang sama untuk elakkan pembaziran.

Lain orang lain cara kan. Mungkin cara memasak nasi macam tu lebih memudahkan untuknya. Jadi terpulanglah.  

Baca: “Tak guna gas pun” – Boleh Jimat, Lelaki Nigeria Kreatif Cipta Dapur Memasak Guna Kuasa Air

masak

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.