Usahawan terkemuka dunia, Elon Musk menawarkan wang sejumlah $5,000 USD (RM20,000) kepada seorang remaja yang kerap melakukan pengesanan pesawat peribadinya untuk berhenti berbuat demikian.
Musk yang mula muak dengan perbuatan remaja berusia 19 tahun itu selepas pergerakan pesawatnya dimuatnaik di satu akaun Twitter @ElonJet. Akaun Twitter tersebut menggunakan teknologi terkini untuk mengesan pergerakan pesawat peribadi Musk untuk beberapa bulan kepada lebih 88,000 pengikutnya.
Pengendali akaun Twitter itu, Jack Sweeney turut mengendalikan akaun @CelebJets yang mengesan pergerakkan selebriti lain termasuklah Kylie Jenner, Tom Cruise dan Oprah Winfrey.
Menurut sumber dari LadBible, Musk telah menghubungi Sweeney berkenaan akaun Twitter tersebut dan meminta Sweeney menghentikan apa yang dilakukannya. Musk telah menawarkan $5,000 kepada Sweeney, namun Sweeney menginginkan $50,000 dan sebuah kereta Tesla Model 3.
Selepas tawaran dari Sweeney itu diberi, Musk dilaporkan tidak memberikan sebarang kata putus berkenaan hal itu. Setakat artikel ini ditulis, akaun Twitter @ElonJet masih belum dipadam dan kini mempunyai lebih 140,000 pengikut.