Ibu zaman sekarang kalau boleh ingin memberikan yang terbaik buat dalam mengendalikan sebarang majlis, malah boleh dilihat pada majlis aqiqah zaman sekarang memang tak sama macam dulu.
Majlis aqiqah zaman sekarang sudah ada pelamin seperti majlis perkahwinan, malah si ibu juga siap bersolek lawa lagi duduk di atas pelamin.
Artikel berkaitan : Dr Zulkifli Dedah 6 Masalah Utama Dibuat Matty Healy, Kesal Maruah Negara Dihina
Artikel berkaitan : Sayang Punya Pasal, Lelaki Ini Buat Majlis Kenduri Untuk Anak Kucing Yang Baru Lahir
Namun begitu, dalam majlis aqiqah yang dikongsikan oleh seorang jurusolek (MUA), ramai netizen sifatkan ia agak keterlaluan. Dalam perkongsiannya menerusi videonya di TikTok, MUA tersebut kongsikan dirinya sedang tatarias wajah bayi yang baru lahir itu dalam keadaan tidur untuk majlis aqiqahnya.
Malah, MUA tersebut juga meluahkan rasa puas hati apabila melihat hasil ‘air tangannya’ dan menunjukkan gambar-gambar hasil tersebut ketika di dalam buaian dengan berbusana cantik dan bersolek tebal.
@tia_make.up antengnya debynya#muakampungnihbos #dibantufollowdanlike🙏 tia_make.up@Tia’s Dekorasi #fypシ゚viral #thankyou
Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang bersimpati dengan nasib bayi tersebut, bahkan ada juga yang bimbang dengan keadaan kulit bayi yang masih ‘mentah’, namun MUA tersebut mengatakan tiada apa yang perlu dirisaukan.
Bayangkan dengan tebal macam tu, macam mana dia nak buang eh?
Sumber : TikTok