Sebelum ini pernah timbul isu apabila Majlis Sukan Negara (MSN) membuat keputusan untuk mengurangkan elaun latihan atlet negara untuk memberi laluan kepada inisiatif memulihkan ekonomi pasca Covid-19.
Keputusan tersebut menimbulkan pertikaian dari pelbagai pihak, termasuklah dari kalangan atlet sendiri yang tidak berpuas hati apabila elaun mereka yang awalnya berjumlah RM2,000 dipotong hingga RM800 sahaja,
Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu baru-baru ini mendedahkan perkhabaran gembira apabila elaun latihan bagi pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA sebelum ini akan dinaikkan semula.
Elaun latihan untuk pemenang pingat perak Sukan Sea, RM800.00 kpd RM1,500.00 sebulan & untuk pemenang pingat gangsa juga kini dinaikkan, kepada Satu Ribu Ringgit (RM1,000.00) sebulan, berkuatkuasa serta merta.#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA pic.twitter.com/YpoQKV1PHa
— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) January 26, 2022
Mengulas lanjut, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memberi arahan kepada MSN untuk segera melakukan penambahbaikan kadar elaun kepada atlet yang mengikuti program latihan sepenuh masa.
Ia membabitkan langkah menaikkan elaun latihan untuk pemenang pingat perak Sukan SEA daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan. Elaun pemenang pingat gangsa juga kini dinaikkan kepada RM1,000 sebulan berkuat kuasa serta-merta.”
Kenyataan itu dibuat ketika Menteri itu memberikan amanat pada majlis perhimpunan atlet dan jurulatih di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil baru-baru ini.
Kenaikan semula kadar elaun itu dijangka akan memberikan semangat kepada barisan atlet untuk memberikan prestasi yang baik pada penganjuran Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei akan datang.
“Boleh je bagi kan…” – Netizen
Keputusan itu sudah tentu menerima sambutan yang baik dari pelbagai pihak, namun rata-rata netizen di laman Twitter menganggap bahawa keputusan itu dibuat hanya kerana isu ini ditularkan oleh orang ramai.
Bukan itu saja, ada juga yang menganggap elaun yang telah ditambahbaik ini pun masih belum mencukupi bagi kehidupan harian.
Takpelah, sekurang-kurangnya ada juga usaha dari orang atasan untuk cari solusi, kan?
Sumber: Kosmo
Baca: “Nak makan apa RM800 sebulan?” – Atlet Olahraga ‘Geram’ Elaun Bulanan Dipotong