in

Mpox Dah Sampai Jakarta, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Jangkitan Cacar Monyet Yang Sedang Menular Ni!

collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan Mpox atau sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam global. Ini merupakan kali kedua amaran ini dikeluarkan dalam masa dua tahun.

Pengisytiharan ini dibuat ekoran wabak jangkitan virus dari Republik Demokratik Congo ini telah merebak ke negara jiran. Malah terbaru, Pejabat Kesihatan Jakarta mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 11 kes mpox telah dikesan di sekitar Jakarta pada tahun ini.


Kes terbaru mpox telah dilaporkan pada Jun lalu di lapan mukim iaitu Pasar Minggu, Ciracas, Grogol Petamburan, Jatinegara, Kebon Jeruk, Matraman, Tanah Abang dan Tanjung Priok.

Kesemua individu yang dijangkiti mpox ini berusia dari 21 hingga 50 tahun dengan kes pertama dilaporkan pada 22 Januari lalu merupakan seorang wanita penghidap HIV dan penyakit kelamin.

Penularan mpox ini telah menimbulkan kebimbangan ramai orang. Jadi ini apa yang korang perlu tahu tentang mpox.

Apa itu mpox?

2jo6i268 how monkeypox

Mpox merupakan penyakit yang berpunca dari wabak cacar monyet. Ini merupakan jangkitan virus yang boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui kontak rapat dan kadang-kadang dari persekitaran, barang dan permukaan yang telah disentuh oleh orang yang menghidap mpox.

Sekiranya virus mpox ini wujud pada haiwan liar, ia juga boleh menjangkiti manusia yang menyentuhnya.

Simptom mpox

file 20240813 19 5hgp3l.jpg

Mpox boleh menyebabkan pelbagai tanda-tanda dan simptom. Ada orang yang mempunyai simptom yang sedikit dan ada juga yang mengalami simptom serius sehingga memerlukan rawatan di pusat kesihatan.

Simptom mpox ini termasuklah ruam pada badan selama 2 ke 4 minggu yang mungkin dimulakan atau diikuti dengan demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, kurang bertenaga atau kelenjar bengkak.

Ruam ini pula akan kelihatan seperti lepuh atau luka di bahagian muka, tapak tangan, tapak kaki dan di sekitar kawasan alat sulit. Ia juga boleh ditemui di dalam mulut, tekak, anus, rektum, faraj atau mata.

Dalam kebanyakan kes, simptom mpox ini boleh pulih sendiri dalam masa beberapa minggu dengan jagaan yang betul seperti bantuan ubat sakit atau demam. Tapi untuk sesetengah orang, penyakit ini boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan komplikasi atau kematian.

Bayi baru lahir, kanak-kaak dan wanita mengandung serta orang yang mempunyai kekurangan imunisasi berpunca dari penyakit HIV merupakan individu yang berisiko tinggi untuk mengalami mpox yang teruk serta kematian.

Macam mana mpox menular?

images 4

Mpox boleh menular dari orang ke orang melalui kontak rapat termasuk sentuhan kulit ke kulit, mulut ke mulut atau mulut ke kulit. Ia juga boleh berlaku apabila berhadapan dengan seseorang yang mempunyai mpox. Ketika penularan global pada 2022, virus ini kebanyakannya menular melalui hubungan seksual.

Orang yang dijangkiti mpox dianggap berjangkit sehinggalah kesemua luka mereka telah mengering, kudis telah jatuh dan lapisan kulit baru telah terbentuk di bawah kulit dan apabila kesemua luka di mata dan seluruh badan telah sembuh.

Virus ini juga boleh ada di permukaan untuk satu jangka masa dan menjangkiti orang yang menyentuhnya lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai luka atau menyentuh mata, hidung, mulut atau apa-apa rongga terbuka dengan tangan.

Ia juga turut boleh dijangkiti dari ibu mengandung kepada anak di dalam perut semasa mengandung atau selepas beranak melalui sentuhan kulit ke kulit.

Betul ke gay, biseksual atau lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki lain lebih berisiko dijangkiti?

1140 lgbt flag hands

Risiko mpox ini tidak terhadap kepada orang yang aktif secara seksual atau golongan gay, biseksual atau lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki lain. Sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang ada simptom mempunyai risiko dan orang yang mempunyai pasangan seks yang ramai juga turut berisiko.

Kebanyakan kes yang dilaporkan pada 2022/2023 adalah dari golongan gay, biseksual dan lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki lain. Disebabkan virus ini berpindah dari seseorang ke seseorang, gay, biseksual dan lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki lain lebih berisiko untuk terdedah dengan mpox.

Kerajaan pertingkat pengawasan

Dzulkefly Ahmad Jan 4 2023

Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi terhadap mpox selepas WHO mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam golobal.

Pengawasan di pintu masuk antarabangsa di mana semua pelancong dari negara yang telah melaporkan kes mpox dikehendaki memantau status kesihatan mereka termasuk simptom selama 21 hari selepas tiba di Malaysia.”

Selain itu, kementerian juga menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko atau mempunyai simptom seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan dengan cepat serta elak bersentuhan dengan individu yang lain.

Kementerian ini juga turut memastikan bahawa terdapat makmal yang cukup untuk melakukan ujian serta diagnostik dengan 10 makmal termasuk dua makmal peribadi mempunyai keupayaan untuk membuat ujian PCR bagi mengesahkan diagnosis.

Kalau korang nak tahu, Malaysia sebelum ini telah merekodkan sebanyak sembilan kes mpox di mana kes pertama telah dikesan pada 26 Julai 2023 dan kes terakhir dikesan pada November tahun yang sama. Kesemua kes ini mempunyai sejarah aktiviti berisiko tinggi dan telah pun pulih tanpa kematian direkodkan.

Sumber: WHO, Bernama, The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.