in

Motosikal Bergesel Dengan Kereta, Wanita Ma*t Tercampak Dari ‘Flyover’ DASH

syaz ft 2025 02 26T134902.130

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kemalangan menggemparkan berlaku semalam di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang menyebabkan kematian seorang wanita.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang wanita itu bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 0.7 lebuh raya DASH menghala ke Shah Alam dan perlanggaran itu menyebabkan dia tercampak setinggi 30 meter dari jejambat (flyover) itu.


Artikel berkaitan: Dikejar Suami Selepas Bertengkar, Wanita Maut Kemalangan Lepas Rempuh Tembok Batu

Artikel berkaitan: Wanita Bengang Lepas Terlibat Kemalangan, ‘Naik Tangan’ Dekat Pakcik Teksi Hingga Kopiah Tercampak

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata kejadian kira-kira 6.50 petang berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun melalui jalan berselekoh.

“Siasatan mendapati motosikal mangsa bergesel dengan kereta yang di hadapan sebelum mangsa terjatuh dari lebuh raya itu.

Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau juga berkata, siasatan kemalangan itu diteruskan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian tampil membantu siasatan ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Hisyam Azih, di talian 017-7378704.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.