in

“Motor buat cari rezeki” – Hampir Hanyut Dibawa Arus Banjir, Netizen Sebak Lihat Pakcik Berpaut Pada Motosikal

Diselamatkan Masjid Tanah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial beberapa kawasan di Masjid Tanah, Melaka dilanda banjir kilat yang teruk.

Menurut laporan, hujan dikatakan turun sejak jam 5 pagi semalam dan berlanjutan sehingga ke petang, menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air hingga ke paras 1 meter di Pekan Masjid Tanah.


Jalan Melaka Banjir 1723369111

Susulan itu juga, tular satu video memaparkan seorang lelaki dilihat hampir-hampir dibawa arus banjir yang dahsyat ketika menunggang motosikal.

Lelaki itu dilihat bergelut dengan arus sambil berpaut pada motosikalnya dan kejadian itu juga disaksikan orang ramai yang cuba membantunya.

Artikel berkaitan: “Dia hilang sudah” – Suami Luluh Hati, Isteri Maut Dihanyut Arus Deras Lepas Hantar Bantuan Mangsa Banjir

Artikel berkaitan: Semua Yang Korang Perlu Tahu Tentang Banjir Besar & Fenomena Langit Hijau Di Dubai

@hancur_1110

MASJID TANAH BANJIR SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ORG DISANA MARI RMAI II DOA KAN MEREKA SLMT#fyp #fypシ゚viral #viral #fypシ #banjir2024 #masjidtanah #melakahawau #fyp

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Dalam video yang lain, dapat dilihat beberapa orang membantu lelaki berkenaan dengan berpegangan antara satu sama lain, manakala lelaki itu pula dilihat agak berat hati untuk meninggalkan motosikalnya yang bakal tenggelam di dalam banjir.

Namun dia akhirnya berjaya diselamatkan bersama mesin rumput yang dibawanya oleh orang awam di tempat kejadian.

@anak_acuseman

Terima kasih semua org baik2 Part 2 kat komen..sebelom kejadian…#fypシ゚viral #banjir #down #masjidtanah

♬ original sound – JESBON_76 – JESBON_76

@anak_acuseman

Replying to @oranormah Doa yg baik akn menyusul utk beliau yer😊 #fypシ゚viral #banjir #masjidtanah #lubokchina#down

♬ Perjalanan Ke Syurga_Jay Jay – JIWANG A℘ieψAや™

Rata-rata netizen yang melihat video itu bersimpati dengan nasib yang dialami penunggang motosikal itu dan berharap agar ada mereka yang baik hati menyumbang motosikal baru buat lelaki berkenaan.

Pakcik

Mungkin itu sahaja harta yang dia ada. Kesian tengok pakcik tu berpaut je pada motosikal tu. 

Sumber: TikTok, BH

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.