in

MOTAC Beri Kenyataan Isu Penipuan Pelancongan Dikendalikan Influencer, Minta Mangsa Buat Laporan Polis

Motac Keluar Kenyataan Kim Seri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu dakwaan penipuan agensi pelancongan tidak berlesen yang dikendalikan seorang pempengaruh Malaysia di Korea Selatan, Kim Seri nampaknya telah mendapat perhatian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

MOTAC dalam satu kenyataan memberitahu bahawa mereka akan terus memantau isu dakwaan penipuan tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), dengan kesemua mangsa digesa untuk membuat laporan polis serta aduan ke kementerian itu di pautan MOTAC bagi membantu siasatan.


Kim Seri 4 1024X1024 1

Artikel berkaitan: Kecoh Isu ‘Scam’ Pelanggan Hampir RM400k, Kim Seri Beri Jaminan Akan Bayar 2 Bulan Lagi

Artikel berkaitan: Masih Tenang ‘Upload’ Video Kehidupan Di Korea, Kim Seri Muat Naik ‘Update’ Terbaru Isu Refund

Dalam kenyataan itu juga berkata, individu yang menjalankan perniagaan mengendalikan pelancong atau agensi pengembaraan tanpa lesen di bawah akta itu boleh dikenakan denda tak lebih RM500,000, penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MOTAC sering menyarankan masyarakat supaya membeli pakej pelancongan daripada agensi pengendalian pelancong atau agensi pengembaraan yang berlesen bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan pemakluman rasmi kementerian dan buat pengesahan dahulu terhadap pakej yang ditawarkan mana-mana agensi agar hak mereka terpelihara dan kes penipuan dapat dielakkan.

51695525390 Motac

Terdahulu, media ada melaporkan bahawa pihak polis kini telah menerima lima laporan daripada individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul yang ditawarkan influencer dan usahawan yang kini menetap di Korea Selatan.

Hati-hatilah korang ye. Sebaiknya kalau nak pergi dengan agensi ni periksa dulu sama ada mereka berdaftar dengan MOTAC atau tidak. 

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.