in

MOM Kecewa Dengan Kenyataan Adam Adli, Dakwa Ada Rasuah Dalam Badan Sukan

adam adli mom rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Olimpik Malaysia atau MOM adalah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang mewakili Malaysia dan badan induk ini juga bertanggungjawab untuk perwakilan Malaysia di Sukan Komanwel.

MOM juga antara badan yang penting dalam menaikkan serta memartabatkan industri sukan di Malaysia.


Terbaru, presidennya Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi media sosial mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan dakwaan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkenaan badan-badan sukan di Malaysia dibelenggu oleh gejala rasuah.

Menurut laporan Astro AWANI, pihak MOM berkata kenyataan timbalan menteri belia dan sukan itu adalah tidak wajar, tidak adil dan prejudis.

Ia kerana banyak badan sukan negara yang telah berjaya melahirkan juara dunia dalam sukan masing-masing selama berdekad-dekad.

“Sebagai badan penaung 57 Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA), MOM amat kecewa dengan kenyataan Adam Adli yang tidak mempunyai justifikasi dan tidak disokong oleh sebarang bukti.

Sepatutnya Adam Adli hendaklah mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum mengeluarkan kenyataan menyeluruh yang mencerminkan pemahaman yang lemah mengenai struktur sedia ada,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkata pihaknya telah membantu meningkatkan profil sukan negara dengan melahirkan jaguh dunia yang digeruni dalam acara badminton, lumba basikal, terjun, boling tenpin dan silat.

Adam Adli sebelum ini menyatakan amalan rasuah dalam badan sukan di negara ini mesti ditangani bagi memastikan atlet dapat meningkatkan potensi sebenar mereka.

Beliau turut mengatakan tindakan mesti diambil bagi memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat masalah korupsi selain menentukan sektor itu tidak dianaktirikan selepas ini.

Baca: Tengah Hangat Isu PH & BN, Adam Adli ‘Sempoi’ Melayan Netizen Tanya ‘Port’ Asam Pedas

Ft Adam Adli Melayan Netizen 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.