in

“Mohon viralkan” – Perompak Selamba Larikan Kereta Alphard Dalam Rumah Walaupun Nampak ‘Owner’

perompak larikan alphard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila kenderaan MPV mewah yang diparkir di halaman rumah dengan mudah dilarikan oleh perompak.

Menerusi perkongsian Wafa Izham di TikTok, difahamkan kejadian itu berlaku di kediamannya yang terletak di Meru, Ipoh kira-kira pukul 3.50 pagi, Sabtu lalu.


Menurut Wafa, perompak tersebut mungkin menggunakan alatan teknologi kawalan khas bagi membuka pagar automatik dan kereta Alphard yang diletakkan di depan halaman kediaman terbabit.

Artikel berkaitan: “Mewah Di Malaysia, Tapi Teksi Di Jepun” – Lelaki Kongsi Pengalaman Lihat Alphard Di Jepun

Artikel berkaitan: Gara-Gara Ludah Di Lebuhraya Karak, Pemandu Toyota Alphard Didenda RM400

Katanya, perompak terbabit hanya mengambil masa 5-7 minit untuk melarikan kenderaannya yang baru dibeli beberapa bulan lalu.

Screenshot 2024 09 30 125417

Lebih mengejutkan, perompak sendiri tidak menunjukkan perasaan takut meskipun disedari oleh ahli keluarga di dalam rumah.

Jelas Wafa, ketika perompak melakukan kegiatan itu, mereka sekeluarga ada cuba meminta bantuan dengan menjerit dan membunyikan penggera keselamatan pada kenderaan lain sebagai amaran.

Namun, pemilik tidak mampu untuk bertindak lebih dan hanya melihat kereta tersebut dibawa lari perompak tersebut. Katanya, mereka risau akan keselamatan jika cuba berdepan dengan penjenayah yang mungkin memiliki senjata mahupun bantuan lain di luar.

“Perompak tekad hidupkan enjin dalam tempoh lima hingga tujuh minit (agak lama) berbanding lari bila kami menjerit.

“Kami tak berani keluar takut perompak ada geng tunggu di luar atau ada pistol. Tak tahu nak kata apa,” tulisnya.

@farrahouz1

Mohon viralkan.. perompak kereta tak takut even owner nampak kerja merompak dorg. Special attention to Alphard/ Wellfire/ Raptor. Perompak daring gila.

♬ Late Night Vibe – Rude Boy

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis dan meminta orang ramai untuk menularkan kejadian itu.

Sementara itu, rata-rata netizen yang melihat perkongsian video terbabit menyarankan untuk para pemilik kenderaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan steering lock walaupun secanggih mana kenderaan itu.

Screenshot 2024 09 30 130224 Screenshot 2024 09 30 130256

Selain itu, ramai turut menyarankan setiap pemilik kereta untuk memasang alat penjejak GPS atau Airtag yang mudah didapati di dalam pasaran.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.