Penyanyi Syura Badron memaklumkan bahawa suaminya, Muhammad Farizat kini sedang menerima rawatan di hospital kerana melecur akibat terkena letupan gas di tempat penginapan mereka di Perlis, baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Syura di laman Instagramnya, Farizat mengalami kelecuran teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
Justeru, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan buat suaminya dan menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang berlaku kepada keluarganya.
Artikel berkaitan: Bermaafan Atas Dasar Persahabatan, Siti Nordiana Tak Jadi Saman 5 Rakan RM2.5 Juta
Artikel berkaitan: Terlepas Saman RM2.5 Juta, Video Lan Solo & Syura Bergelak Ketawa Undang Kecaman Netizen
“Mohon doa dari semua diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.”
Dalam pada itu, Syura menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang hebat pernah dikenalinya. Meskipun sedang menahan sakit, Farizat masih mampu untuk senyum agar keluarga tidak risau tentangnya.
Dalam hantaran itu juga, turut dikongsikan kesan berlubang pada baju dan keadaan tempat penginapan tersebut selepas insiden terbabit.
Allahuakhbar, semoga suami Syura segera sembuh serta ketabahan buat seluruh ahli keluarga.
Sumber: Instagram