in

MOF Kongsi Kisah Unik, Warga Emas Terkejut Apabila Ada RM18K Wang Tak Dituntut Atas Namanya

Wang Tak Dituntut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah yang dinamakan rezeki yang tidak disangka-sangka. 

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi posting di X semalam, ada berkongsi satu kisah menarik mengenai seorang warga emas di Miri, Sarawak.


Menurut posting itu, dalam Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 yang diadakan di Boulevard Mall Miri baru-baru ini, seorang warga emas telah berkunjung ke reruai MOF untuk mendapatkan perkhidmatan.

Namun tidak disangka-sangka apabila disemak, warga emas itu rupa-rupanya mempunyai Wang Tidak Dituntut atas namanya berjumlah RM18,000!

Susulan itu, MOF katanya akan mengkreditkan Wang Tidak Dituntut milik warga emas berkenaan ke dalam akaun bank milik individu itu dalam tempoh 30 hari selepas Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Cawangan Miri) menerima dokumen lengkap.

Menerusi posting itu juga, dapat dilihat warga emas berkenaan yang dikaburkan wajahnya itu bergambar dengan pegawai MOF termasuklah En Zainuddin bin Manaf, Pengarah Akauntan Negara Sarawak dan Mohd Nazri Hassan, Pengarah Cawangan Akauntan Negara Miri.

Alhamdulillah, rezeki pakcik ni. Bagi korang yang nak periksa sama ada wang tidak dituntut atau tidak boleh saja lawati laman sesawang eGUMIS di sini

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.