Syarikat teknologi terkemuka dunia, Apple Inc. ada mengeluarkan satu alat untuk mengesan barang yang diberi nama AirTag. Alat sebesar duit syiling itu boleh memberikan ketepatan mengenai lokasi apabila dilekatkan pada sesuatu barangan.

Dalam satu kejadian di New York, Amerika Syarikat, teknologi AirTag itu telah salah digunakan oleh seorang ‘stakler’ yang memasukkannya ke dalam poket seorang model sukan Brooks Nader. Perkara itu walau bagaimanapun hanya disedari oleh Nader kira-kira 5 jam kemudian selepas mendapat notifikasi dari iPhone miliknya.
 
Memetik laporan NY Post, Nader ada berkongsi di laman sosial mengenai kejadian itu. Dia yang keliru selepas mendapat notifikasi berasa hairan kerana ianya bukan datang dari telefon pintar atau tablet yang dibawanya.

Nader juga menegaskan bahawa AirTag itu bukan miliknya dan beliau menginginkan penjelasan dari Apple. Pihak Apple dalam satu kenyataan lain memaklumkan, pengguna barangan Apple akan mendapat notifikasi memaklumkan adanya AirTag yang tidak didaftarkan berdekatan mereka.
Menurut sumber, setakat ini tiada pihak yang tampil untuk menuntut AirTag yang diselitkan di poket Nader dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: New York Post
Baca: Apple Dilaporkan Bakal ‘Buang’ Slot Kad SIM Untuk Siri iPhone 14
					
